More

    Siri HUAWEI nova 10 dengan kamera 50MP dan pengecasan 100W bakal dilancar 4 Julai ini

    HUAWEI mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan persidangan musim panas produk baharu pada 4 Julai 2022 dan dalam acara itu mereka akan melancarkan siri HUAWEI nova 10. Berdasarkan video yang dikirim oleh HUAWEI, siri HUAWEI nova 10 menggunakan modul kamera khas di bahagian belakang.

    Pada penghujung Mei tahun ini, HUAWEI secara rasmi mengumumkan siri nova 10 baharu dengan mengatakan ia merupakan peranti generasi baharu di luar jangkaan orang ramai. Poster rasmi menunjukkan bahawa slogan siri nova 10 ialah “imej protagonis”.

    HUAWEI nova 10 Pro akan menggunakan skrin paparan melengkung 6.7 inci, lubang tebuk dwi-kamera di hadapan, pengimbas cap jari pada skrin dan persediaan tiga kamera di belakang. Berdasarkan berita sebelum ini, HUAWEI nova 10 siri akan menampilkan kamera utama 50MP RYYB, menyokong pengecasan pantas 100W dan prapasang OS Hongmeng.

    Pada masa ini, dua model baharu siri HUAWEI nova 10 telah diluluskan oleh Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat termasuk versi standard nova 10 (NCO-AL00) dan nova 10 Pro (GLA-AL100). Kedua-duanya adalah model 4G serta masing-masing menyokong pengecasan pantas 66W dan 100W.

    Telefon ini mungkin boleh didapati dalam dua warna iaitu perak dan hitam. Sama-sama kita nantikan pelancarannya pada 4 Julai ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured