More

    Siri HUAWEI Pura 70, MateBook X Pro 2024 kini tersedia secara rasmi di Malaysia

    Dalam satu pengumuman menarik untuk peminat teknologi, HUAWEI Malaysia mengumumkan bahawa siri HUAWEI Pura 70 dan HUAWEI MateBook X Pro 2024 tersedia secara rasmi di seluruh negara. Siri HUAWEI Pura 70 termasuk tiga model berbeza iaitu HUAWEI Pura 70, HUAWEI Pura 70 Pro dan HUAWEI Pura 70 Ultra.

    Siri HUAWEI Pura 70 menampilkan sistem Kamera Pencahayaan Ultra dengan Enjin Gerakan HUAWEI XD pertama dalam industri. Ini membolehkan pengguna merakam momen berkelajuan tinggi dengan ciri Syot Kilat Kelajuan Ultra.

    Ia juga memperkenalkan Kaca Kunlun Super Tahan Lama yang menawarkan peningkatan 100% dalam rintangan jatuh dan tekanan berbanding generasi sebelumnya. Istimewa untuk HUAWEI Pura 70 Ultra kerana ia menampilkan Crystal Armor Kunlun Glass yang memberikan rintangan calar dan ketahanan dengan peningkatan 300% dalam kekuatan.

    HUAWEI MateBook X Pro 2024 turut tersedia di Malaysia dengan cipset Intel Core Ultra 9 terkini dan memiliki berat hanya 980g serta berukuran hanya 13.5mm nipis. Ia menampilkan Seni Bina Cloud Falcon yang dapat mengoptimumkan ruang dalaman untuk memuatkan komponen yang lebih besar seperti kipas sirip Shark dwi yang dipertingkatkan dan bateri yang lebih besar.

    MateBook X Pro mempunyai Paparan Warna Sebenar OLED Fleksibel 14.2 inci dengan keupayaan skrin sentuh, resolusi 3.1K, nisbah skrin-ke-badan 93% dan spektrum warna ADOBE RGB. Komputer riba ini turut disepadukan dengan HUAWEI Share dan Multi-screen Collaboration membolehkan interaksi lancar dengan peranti HUAWEI yang lain.

    Tambahan, ia menampilkan kamera dan mikrofon yang dipertingkatkan AI untuk komunikasi termasuk AI Camera for Beauty, FollowCam, AI Sound for Personal Voice Enhancement dan AI Search. Selain itu, terdapat ciri privasi AI yang memastikan skrin pintar kabur apabila pengguna mengalihkan pandangan.

    Siri HUAWEI Pura 70 kini boleh didapati dengan harga bermula daripada RM3,699 termasuk hadiah percuma bernilai sehingga RM2,376 manakala harga HUAWEI Matebook X Pro bermula daripada RM8,999 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM4,582.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri HUAWEI Pura 70 dan HUAWEI Matebook X Pro serta teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured