More

    Siri HUAWEI Pura 80 bakal dilancarkan di Malaysia pada 24 Julai ini

    HUAWEI Malaysia mengumumkan bahawa siri HUAWEI Pura 80 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 24 Julai ini. Dua model utama diperkenalkan ialah HUAWEI Pura 80 Ultra dan HUAWEI Pura 80 Pro. Kedua-duanya memfokuskan kepada peningkatan dalam keupayaan fotografi, sokongan AI dan rekaan berasaskan simbol “Dazzling Forward”.

    HUAWEI Pura 80 Ultra dilengkapi sistem kamera Switchable Dual Telephoto Camera yang membolehkan pengguna bertukar antara dua jarak fokal antara 3.7x dan 9.4x dengan menggunakan sensor bersaiz 1/1.28 inci. HUAWEI Pura 80 Pro pula hadir dengan Ultra Lighting Camera bersaiz 1 inci dan Ultra Chroma Camera.

    Siri ini juga menyokong sistem XMAGE versi baharu yang menggabungkan sensor telefoto terbesar industri dengan algoritma pemprosesan imej lanjutan.cKedua-dua model turut menyertakan butang AI Smart Controls dengan pengimbas cap jari terbina dan sistem AI Noise Cancellation dua hala untuk pengalaman panggilan yang lebih jelas.

    Daripada segi prestasi, peranti ini dilengkapi bateri 5170mAh dengan sokongan 100W SuperCharge berwayar dan 80W pengecasan wayarles. Bagi perlindungan fizikal, HUAWEI Pura 80 Ultra menggunakan 2nd-Gen Crystal Armour Kunlun Glass yang menawarkan peningkatan tahan calar sehingga 16 kali ganda dan ketahanan jatuh sebanyak 25%.

    Tempahan kini dibuka di semua saluran rasmi termasuk HUAWEI Experience Stores, laman rasmi HUAWEI serta kedai rasmi di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Pelanggan awal boleh menebus hadiah dan baucar bernilai sehingga RM1,428 termasuk HUAWEI FreeBuds Pro 4 dan perlindungan HUAWEI Care+ selama setahun.

    Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman rasmi HUAWEI Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri HUAWEI Pura 80 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured