More

    Siri HUAWEI Pura 80 dilancar: Dilengkapi kamera telefoto dua lensa pertama di dunia, bermula ~RM3,824

    HUAWEI semalam mengumumkan pelancaran rasmi siri telefon pintar perdana terbaharunya, Pura 80, yang menampilkan empat model berbeza iaitu Pura 80, Pura 80 Pro, Pura 80 Pro+ dan Pura 80 Ultra. Daripada segi reka bentuk, Pura 80 Pro, Pro+ dan Ultra hadir dengan bingkai bulat serta bonggol kamera berlapis manakala model standard tampil lebih minimalis dengan reka bentuk rata.

    Pura 80 dilengkapi dengan skrin OLED rata berukuran 6.6 inci manakala tiga model lain menggunakan paparan quad-curved sebesar 6.8 inci. Kesemua model menyokong kecerahan puncak 3000 nits, kadar segar semula adaptif LTPO 1 hingga 120Hz, paparan 1.07 bilion warna dengan gamut P3 dan sokongan HDR Vivid dengan ketumpatan piksel 460ppi.

    Salah satu penambahbaikan ketara dalam siri ini terletak pada sistem kameranya. HUAWEI membekalkan semua model dengan sensor utama 50MP bersaiz satu inci menggunakan penuras warna RYYB yang meningkatkan keupayaan pemprosesan imej masa nyata sehingga 200 peratus berbanding generasi terdahulu.

    Ia juga menerima sokongan AI untuk pengurangan hingar dan penghasilan warna yang lebih tepat. Model Pura 80 Ultra tampil lebih menonjol apabila menjadi peranti pertama dalam industri dengan sistem kamera telefoto dwi-lensa yang boleh bertukar. Sistem ini membolehkan pengguna menukar antara dua panjang fokus optikal iaitu 3.7x dan 9.4x menerusi mekanisme dua cermin dalam satu modul kamera meliputi jarak antara 13mm hingga 212mm.

    HUAWEI mendakwa bahawa teknologi ini telah meningkatkan julat optikal sebanyak 129 peratus berbanding model Pura 70 Ultra. Ultra turut memperkenalkan teknologi pemprosesan imej gabungan masa nyata TCG triple-real-time fusion yang memperluas julat dinamik kepada 16EV membolehkan kamera menangkap lebih banyak maklumat pencahayaan dalam pelbagai situasi dengan ketepatan tinggi.

    Semua model dalam siri ini dijana oleh sistem operasi HarmonyOS NEXT yang merupakan platform kendiri HHUAWEI tanpa sebarang asas daripada Android. HarmonyOS NEXT hadir dengan pelbagai kesan sistem eksklusif termasuk tema dinamik yang direka khusus untuk peranti mercu. Dengan penggunaan enjin Ark yang baharu, prestasi keseluruhan meningkat sebanyak 36 peratus berbanding sistem terdahulu.

    Dari aspek bateri pula, model Pura 80 Pro, Pro+ dan Ultra dibekalkan dengan kapasiti 5700mAh serta menyokong pengecasan berwayar pantas 100W dan wayarles 80W. Model asas Pura 80 pula hadir dengan kapasiti 5600mAh dengan sokongan pengecasan 66W berwayar dan wayarles 50W. HUAWEI menetapkan harga permulaan bagi Pura 80 Pro pada 6499 yuan (~RM3,824), Pura 80 Pro+ pada 7999 yuan (~RM4,707), dan Pura 80 Ultra pada 9999 yuan (~RM5,884).

    Model standard dijangka ditawarkan pada harga lebih rendah apabila ia memasuki pasaran sekitar Julai ini. Nantikan pengumuman daripada HUAWEI Malaysia jika ia akan dilancarkan tidak lama lagi dalam pasaran tempatan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: HUAWEI Central

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...