More

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI Pura 90s Pro Max dilengkapi sensor telefoto 200MP bersaiz 1/1.28 inci RYYB dengan zum optikal 4x, penstabilan imej optikal (OIS), rakaman video 20x HEX Telephoto dan kamera Ultra Lighting HDR julat dinamik 16EV.

    Bagi HUAWEI Pura 90s Pro, ia dipadankan dengan kamera makro telefoto fokus minima 5cm serta kamera utama 50MP. Siri Pura 90s menyokong perkakasan perisian fungsi AI seperti AI Composition, AI De-Glare, AI Move, AI Remove, AI Best Expression dan sistem kamera True-to-Colour generasi kedua serta menjalankan perisian EMUI 16 berasaskan Android 16.

    Aplikasi Petal InterConnect turut disertakan bagi membolehkan pemindahan fail merentasi sistem operasi terus ke peranti iOS. Kedua-dua telefon menyokong fungsi Celia AI Assistant dan ekosistem HUAWEI AppGallery serta dibekalkan bateri berkapasiti 6000mAh. Model Pro Max menyokong pengecasan berwayar 100W dan wayarles 80W manakala model Pro menyokong pengecasan berwayar 66W dan wayarles 50W.

    Model Pro Max menggunakan kaca Anti-Reflection Scratch-Resistant Kunlun dan hadir dengan pilihan warna seperti Orange Ocean, Blaze Purple, Blush Gold dan Graphite Black. Model Pro pula menawarkan warna Guava Soda, Orange Soda, Mulberry Black dan Coconut White. Dalam masa yang sama, HUAWEI juga melancarkan kempen fotografi Pura Trip “Discover Truly Malaysia” dari 24 Julai hingga 16 Ogos 2026.

    Pengguna boleh menyertai pertandingan di Instagram dengan memuat naik foto menggunakan hashtag rasmi bagi memenangi sebuah telefon pintar siri HUAWEI Pura 90. Siri HUAWEI Pura 90s boleh didapati bermula 24 Julai pada harga RM3,699 selepas rebat. Pembelian disertakan hadiah percuma bernilai sehingga RM3,076 merangkumi baucar rebat, hadiah misteri dan pakej perkhidmatan premium.

    Selain itu, tawaran rakan kongsi merangkumi diskaun 10% untuk penerbangan Malaysia Airlines terpilih dan diskaun SPayLater sehingga RM200. Bagi aksesori audio, HUAWEI FreeClip 2 S berharga RM899 dan ditawarkan dalam warna Deepsea Blue serta Space Silver. Earbud rekaan C-Bridge ini dilengkapi bekas pengecas Luminous dan dijual bersama hadiah percuma bernilai sehingga RM318.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...