More

    Siri Infinix HOT 20 dilancar di Malaysia: Kamera 50MP, skrin 6.82 inci bermula RM499

    Pada hari ini, Infinix Malaysia telah melancarkan sebuah siri telefon pintar kelas permulaan iaitu Infinix HOT 20 Series, terdiri daripada Infinix HOT 20 dan Infinix HOT 20i.

    Antara ciri menarik pada Infinix HOT 20 termasuklah skrin IPS LCD berukuran 6.82 inci dengan kadar segar semula 90Hz, cipset MediaTek Helio G85, RAM 6GB yang boleh dibesarkan dengan RAM maya sebanyak 5GB lagi dan bateri besar 5,000mAh yang menyokong kadar pengecasan pantas 18W.

    Untuk fotografi, Infinix HOT 20 dilengkapi kamera utama 50MP dengan nilai apertur f/1.6 dan turut menawarkan fungsi Super Night Mode. Ciri yang paling menarik pada telefon ini pastinya adalah harganya yang mampu milik iaitu RM599.

    Jika anda berminat dengan telefon yang lebih murah, Infinix HOT 20i dijual pada harga RM499 dan dilengkapi skrin 6.6 inci, bateri 5,000mAh, storan dalaman 128GB dan RAM 4GB. Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 13MP dan kamera hadapan 8MP.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua telefon:

    Infinix HOT 20

    • Skrin IPS LCD berukuran 6.82 inci, resolusi 720×1640, kadar segar semula 90Hz
    • Cipset MediaTek Helio G85
    • RAM 6GB, boleh dibesarkan secara maya sebanyak 5GB
    • Storan dalaman 128GB, boleh dibesarkan dengan kad microSD
    • Kamera utama 50MP
    • Kamera swafoto 8MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan 18W
    • Pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm
    • Port USB-C, pengimbas cap jari sisi
    • Dwi-kad SIM
    • Sistem operasi XOS 12 berdasarkan Android 12
    • Pilihan warna hitam Sonic Black, putih Legend White, biru Tempo Blue dan ungu Fantasy Purple
    • Harga: RM599

    Infinix HOT 20i

    • Skrin IPS LCD berukuran 6.6 inci, resolusi 720×1612
    • Cipset MediaTek Helio G25
    • RAM 4GB
    • Storan dalaman 128GB, boleh dibesarkan dengan kad microSD
    • Kamera utama 13MP
    • Kamera swafoto 8MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Bicu audio 3.5mm, pembesar suara mono
    • Port microUSB, pengimbas cap jari di belakang telefon
    • Dwi-kad SIM
    • Sistem operasi XOS 10.6 berdasarkan Android 12
    • Pilihan warna hitam Wilderness Black, biru Luna Blue, hijau Energy Green dan emas Sunset Gold
    • Harga: RM499

    Kedua-dua telefon ini boleh dibeli daripada laman rasmi Infinix dalam Shopee bermula 11 November 2022. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon Infinix baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...