More

    Siri Infinix HOT 60 bakal dilancar di Malaysia pada 10 Julai ini

    Infinix bakal melancarkan siri telefon pintar terbaharu dengan Infinix HOT 60 Series pada 10 Julai ini. Dua model akan diperkenalkan iaitu HOT 60 5G dan HOT 60i yang masing-masing menampilkan teknologi AI pintar, reka bentuk moden dan prestasi tahan lama.

    Kedua-dua model dilengkapi butang fizikal baharu Adaptive One-Tap AI Button yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai fungsi pintar dengan lebih pantas. Menekan lama butang ini akan mengaktifkan Folax iaitu pembantu suara AI yang membantu mengurus jadual dan menjawab soalan. Tekan dua kali pula membuka pintasan aplikasi pilihan.

    Pengguna juga boleh memanfaatkan AI Writing untuk memperkemas mesej, AI Sketch to Image dan Text to Image bagi menghasilkan grafik menarik serta AI Summary untuk meringkaskan kandungan dari rakaman suara atau dokumen. HOT 60 5G dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7060 5G dan mendapat pengiktirafan TÜV SÜD 5-Year Fluency Certification.

    Ia hadir dengan paparan 6.7 inci HD+, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksimum 700 nits. Ciri eksklusif seperti AI Vogue Portraits dan Circle It, Search It memberi nilai tambah kepada fotografi dan carian maklumat secara pantas. Sementara itu, HOT 60i lebih memfokuskan kepada ketahanan bateri dan pengecasan pantas.

    Ia hadir dengan bateri 5160mAh dan jaminan ketahanan lima tahun serta menyokong pengecasan pantas 45W untuk penggunaan seharian. Siri HOT 60 menawarkan pengalaman telefon pintar yang serba lengkap untuk pengguna muda dan aktif dengan gabungan ciri AI bijak, reka bentuk nipis dan ketahanan prestasi serta kuasa.

    Nantikan kemunculannya pada 10 Julai ini dan kongsi pendapat anda di Facebook kami serta teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured