More

    Siri Infinix NOTE 40 dilancar: Telefon dengan cas pantas 100W, AMOLED 120Hz, kamera 108MP

    Pada hari ini, Infinix telah melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahannya yang terbaru iaitu siri Infinix NOTE 40 dan Infinix NOTE 40 Pro 5G. Ia menawarkan pelbagai fungsi yang canggih seperti pengecasan pantas 100W, skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan sensor kamera 108MP.

    Siri NOTE 40 menawarkan teknologi pengecasan All-Round FastCharge 2.0 dengan cip Cheetah X1 untuk memberikan teknologi pengecasan yang amat pantas dan selamat. Varian NOTE 40 Pro+ 5G mempunyai teknologi pengecasan 100W Multi-Speed FastCharge yang boleh mengecas daripada 0% hingga 50% dalam masa 8 minit sahaja.

    Ia turut mempunyai pengecasan wayarles 20W Wireless Magcharge serta pengecasan berbalik pada kadar 10W. Pengecas yang disertakan bersama telefon ini mempunyai protokol PD3.0, bermaksud ia boleh digunakan untuk mengecas komputer riba dan lain-lain peranti yang mempunyai port USB-C.

    Di hadapan ia mempunyai skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, resolusi 1080p, kecerahan puncak 1,300 nits, kadar pemalapan PWM 2,160Hz dan dibuat dengan kaca Corning Gorilla Glass. Selain boleh memaparkan imej berkualiti tinggi, ia turut boleh menjana audio yang jelas daripada pembesar suara stereo yang telah ditala oleh JBL.

    Kameranya pula mempunyai sensor utama 108MP yang menawarkan kebolehan zum lossless sebanyak 3x dan penstabilan imej optikal (OIS), manakala di hadapan pula ia mempunyai kamera swafoto 32MP.

    Spesifikasi dalaman siri telefon ini termasuklah cipset MediaTek Dimensity 7020 atau Helio G99, RAM sehingga 24GB dan sistem penyejukan yang boleh menurunkan suhu dalaman telefon sehingga 7°C.

    Harga Infinix NOTE 40 Pro 5G dan Infinix NOTE 40 untuk pasaran Malaysia akan diumumkan kelak. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured