More

    Siri Infinix NOTE 60 bakal dilancar secara rasmi di Malaysia pada 27 Februari ini

    Infinix mengumumkan pelancaran rasmi siri Infinix NOTE 60 yang dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ini di Malaysia dan menandakan pengenalan telefon pertama jenama itu dengan cip Snapdragon. Model utama dalam siri ini ialah NOTE 60 Pro yang dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 7s Gen 4 5G serta mencatatkan skor AnTuTu melebihi 1.1 juta.

    NOTE 60 Pro tampil dengan teknologi Active Matrix Display iaitu sistem LED interaktif yang tersembunyi dan hanya aktif apabila diperlukan. Ia menyokong paparan notifikasi pintar, animasi interaktif termasuk “pixel pets” serta elemen visual yang boleh disesuaikan oleh pengguna.

    Paparan utama pula menggunakan panel resolusi 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz, tahap kecerahan puncak sehingga 4500 nits dan dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 7i. Skrinnya turut menyokong teknologi PWM zero-flicker dan penapisan cahaya biru rendah bagi meningkatkan keselesaan penggunaan jangka panjang.

    Untuk kamera, NOTE 60 Pro dilengkapi kamera utama 50MP OIS Night Master Cam yang menyokong Ultra HDR, mod Live Photo serta pemprosesan AI untuk penambahbaikan imej dalam keadaan cahaya rendah. Baterinya pula berkapasiti 6500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 90W berwayar dan 30W wayarles.

    Infinix turut memperkenalkan teknologi battery self-healing yang didakwa mampu mengekalkan kesihatan bateri sehingga sekurang-kurangnya enam tahun penggunaan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...