More

    Siri iPhone 13 dikhabarkan akan hadir dengan dua warna baru

    Apple kini sedang menghasilkan telefon pintar generasi baru iaitu siri iPhone 13. Siri ini dijangka akan memasuki dalam beberapa bulan akan datang (berkemungkinan bulan September).

    Jika dilihat pada sumber lalu, siri iPhone 13 dikhabarkan akan menawarkan empat model termasuklah iPhone 13, iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max. Reka bentuk iPhone generasi baru ini juga telah tertiris dalam talian dan ianya dilihat tidak jauh berbeza berbanding siri sebelum ini.

    Rupa paras iPhone 13 dan 13 Pro yang tertiris

    Terkini, sumber baru dalam talian menunjukkan bahawa siri iPhone 13 mungkin hadir dengan dua warna baru (mungkin khas untuk model Pro). Warna yang pertama adalah warna gangsa yang dipanggil “Sunset Gold” manakala yang kedua adalah warna emas cair “Rose Gold”.

    Selain dari itu, iPhone 13 versi Pro juga dikhabarkan akan hadir dengan sensor LiDAR dan juga kamera tambahan sama seperti siri iPhone 12.

    Apa pun, ini hanyalah imej janaan komputer sahaja dan bukanlah gambar dari sumber yang rasmi. Nantikan berita lanjut mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured