More

    Siri iPhone 14 masih kekal dilancarkan pada pertengahan September 2022

    Walaupun terdapat isu rantaian bekalan, Apple dilaporkan masih akan melancarkan siri iPhone 14 pada pertengahan September. Syarikat tersebut tidak mengatakan apa-apa mengenai kelewatan keluaran peranti walaupun terdapat sekatan akibat pandemik.

    Sebelum wabak COVID-19, Apple selalunya mengadakan acara pelancaran iPhone pada minggu kedua bulan September. Namun begitu, syarikat itu mengumumkan pada suku Jun 2020 bahawa ia tidak dapat melancarkan peranti pada tepat masanya.

    Oleh itu, siri iPhone 12 dilancarkan pada pertengahan Oktober 2020 dengan membawa dua varian sejurus selepas acara pelancaran manakala dua lagi varian mula dijual setelah beberapa minggu daripada tarikh pelancaran.

    Walaupun Apple tidak mengemukakan sebarang kelewatan, beberapa varian mungkin akan mula dijual lewat daripada yang lain dan salah satunya dijangka iPhone 14 Max. Ini disebabkan oleh masalah bekalan paparan kerana menggunakan panel yang berbeza daripada varian iPhone 14 Pro Max tanpa sokongan ProMotion menjadikannya perkara baharu bagi pembekal.

    Jika tiada sebarang masalah, Apple akan melancarkan peranti pada 13 September 2022 dan memulakan pra-tempah pada 16 September serta jualan rasmi akan disiarkan secara langsung pada 23 September nanti.

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: BGR

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured