More

    Siri iPhone 14 mungkin tiada versi mini, bakal miliki ciri komunikasi satelit

    Khabar angin awal mengenai iPhone 14 mendakwa barisan telefon pintar ini akan mempunyai empat model baharu tetapi tanpa versi mini. Menurut sumber, iPhone 14 dengan nama kod D27 dan D28 akan tersedia dalam versi 6.1 inci dan 6.7 inci manakala iPhone  mini 5.4 inci semasa akan dihentikan.

    Telefon ini akan mempunyai resolusi paparan yang sama seperti iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max. Paparan pada iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max dengan kod D73 dan D74 mungkin lebih tinggi untuk menampung reka bentuk takuk (notch) + pil baharu.

    Sumber turut megatakan bahawa dua model iPhone 14 akan membawa cip A15 manakala dua lagi membawa cip baharu. Apple sudahpun mempunyai dua versi cip A15 yang berbeza di mana satu daripadanya mempunyai teras GPU tambahan dan RAM 6GB (iPhone 13 Pro).

    Selain itu, beberapa laporan mencadangkan bahawa Apple sedang membangunkan ciri komunikasi satelit untuk iPhone akan datang. Ciri ini tidak terdapat pada barisan iPhone 13 tetapi mungkin pada iPhone seterusnya. 

    Namun, tidak begitu jelas sama ada teknologi tersebut tersedia untuk iPhone keluaran tahun ini tetapi Apple telah menguji prototaip yang mampu menghantar mesej teks melalui satelit. Sistem itu dikenali dengan nama kod “Stewie”.

    Kedua-dua iPhone 14 akan dilancarkan pada pertengahan tahun ni. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: 9to5Mac 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured