More

    Siri iPhone 17 Pro dilancar: Cip A19 Pro dan kamera 48MP Fusion bermula RM5,499

    Tahun lalu, siri iPhone 16 Pro mencatat sejarah apabila buat pertama kali hadir dengan binaan titanium serta cip A18 Pro yang memberi kelebihan besar daripada segi prestasi grafik dan ketahanan. Kini, Apple meneruskan tradisi itu dengan melancarkan iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max yang membawa reka bentuk baharu berasaskan heat-forged aluminium unibody, cip A19 Pro dan sistem kamera serba baharu 48MP Fusion.

    iPhone 17 Pro menggunakan paparan Super Retina XDR OLED berukuran 6.3 inci dengan resolusi 2622 × 1206 pada 460 ppi, menyokong ProMotion 120Hz, HDR, Always-On Display dan Dynamic Island dengan kecerahan puncak sehingga 3,000 nits. Varian Pro Max pula hadir dengan skrin lebih besar iaitu 6.9 inci pada resolusi 2868 × 1320, juga dengan ciri paparan sama.

    Kedua-duanya ditawarkan dalam pilihan warna Cosmic Orange, Deep Blue dan Silver dengan berat masing-masing 204 gram untuk Pro dan 231 gram untuk Pro Max. Siri ini dijana cip A19 Pro dengan CPU enam teras, GPU enam teras dan Neural Engine 16 teras serta sokongan ray tracing peringkat perkakasan.

    Untuk fotografi, Apple menampilkan sistem kamera serba baharu berasaskan sensor 48MP Fusion pada ketiga-tiga lensa belakang. Kamera utama 48MP dengan apertur Æ’/1.78 hadir bersama sensor-shift OIS generasi kedua digandingkan dengan kamera ultra lebar 48MP Æ’/2.2 yang menyokong sudut pandang 120 darjah dan rakaman makro serta kamera telefoto 48MP Æ’/2.8 dengan rekaan tetraprism yang menyokong zum optikal berkualiti sehingga 8x pada Pro Max.

    Julat zum keseluruhan mencecah 16x dengan zum digital sehingga 40x selain sokongan ciri seperti Photonic Engine, Smart HDR 5, mod malam dan rakaman ProRAW. Kamera hadapan 18MP pula menyokong Center Stage, Night mode dan ProRAW dengan apertur Æ’/1.9 serta fokus auto. Untuk rakaman video, kedua-duanya menyokong 4K Dolby Vision sehingga 100 fps, ProRes 4K120, ProRes RAW dan Apple Log 2 dengan Cinematic Mode 4K30 serta Action Mode pada resolusi 2.8K60.

    Daripada segi ketahanan bateri, iPhone 17 Pro mampu menonton video sehingga 31 jam manakala Pro Max mencapai 37 jam. Kedua-dua menyokong pengecasan pantas sehingga 50% dalam 20 minit dengan palam pengecasan 40W dan pengecasan wayarles MagSafe serta Qi2 sehingga 25W. Sokongan sambungan termasuk 5G sub-6 GHz, LTE Advanced, Wi-Fi 7, Bluetooth 6, Ultra Wideband generasi kedua, Thread dan port USB-C dengan kelajuan pemindahan data sehingga 10Gbps.

    Antara ciri tambahan termasuk Face ID, LiDAR Scanner, Action Button, Camera Control dan integrasi Apple Intelligence untuk fungsi pintar baharu. Malaysia termasuk dalam gelombang pertama pelancaran global dengan tempahan dibuka pada 12 September jam 8 malam dan jualan rasmi bermula pada 19 September 2025.

    Spesifikasi lengkap iPhone 17 Pro:

    • Skrin 6.3 inci Super Retina XDR OLED (2622 × 1206, 460 ppi), Dynamic Island, paparan sentiasa hidup, ProMotion 120Hz, HDR, True Tone, kecerahan: 1,000 nits, 1,600 nits (HDR), 3,000 nits (luar)
    • Cip A19 Pro dengan vapour chamber cooling
    • Kamera belakang (Pro Fusion 48MP) – Utama: Æ’/1.78, sensor-shift OIS gen-2, 24mm & 48mm, ultra lebar: Æ’/2.2, 13mm, 120° FOV, macro dan telefoto: Æ’/2.8, 100/200mm, 4x/8x optical zoom, tetraprism, 3D OIS. Zoom: 16x optikal, digital hingga 40x.
    • Photonic Engine, Deep Fusion, Smart HDR 5, ProRAW, Night mode.
    • Kamera swafoto – 18MP Center Stage, Æ’/1.9, autofocus, ProRAW, Night mode, Retina Flash.
    • Video: 4K Dolby Vision hingga 100 fps, ProRes 4K120, ProRes RAW, Apple Log 2, Cinematic Mode 4K30, Action Mode 2.8K60 Dolby Vision.
    • Binaan heat-forged aluminium unibody dengan Ceramic Shield 2 di hadapan
    • Sambungan: 5G (sub-6 GHz), LTE Advanced, Wi-Fi 7, Bluetooth 6, Ultra Wideband gen-2, Thread, USB-C dengan USB 3 (10 Gbps).
    • Dual SIM (nano-SIM + eSIM) atau dual eSIM.
    • Face ID, LiDAR Scanner, Action Button, Camera Control, Apple Intelligence.
    • Berat: 204g.
    • Warna: Cosmic Orange, Deep Blue, Silver.

    Spesifikasi lengkap iPhone 17 Pro Max:

    • Skrin 6.9 inci Super Retina XDR OLED (2622 × 1206, 460 ppi), Dynamic Island, paparan sentiasa hidup, ProMotion 120Hz, HDR, True Tone, kecerahan: 1,000 nits, 1,600 nits (HDR), 3,000 nits (luar)
    • Cip A19 Pro dengan vapour chamber cooling
    • Kamera belakang (Pro Fusion 48MP) – Utama: Æ’/1.78, sensor-shift OIS gen-2, 24mm & 48mm, ultra lebar: Æ’/2.2, 13mm, 120° FOV, macro dan telefoto: Æ’/2.8, 100/200mm, 4x/8x optical zoom, tetraprism, 3D OIS. Zoom: 16x optikal, digital hingga 40x.
    • Photonic Engine, Deep Fusion, Smart HDR 5, ProRAW, Night mode.
    • Kamera swafoto – 18MP Center Stage, Æ’/1.9, autofocus, ProRAW, Night mode, Retina Flash.
    • Video: 4K Dolby Vision hingga 100 fps, ProRes 4K120, ProRes RAW, Apple Log 2, Cinematic Mode 4K30, Action Mode 2.8K60 Dolby Vision.
    • Binaan heat-forged aluminium unibody dengan Ceramic Shield 2 di hadapan
    • Sambungan: 5G (sub-6 GHz), LTE Advanced, Wi-Fi 7, Bluetooth 6, Ultra Wideband gen-2, Thread, USB-C dengan USB 3 (10 Gbps).
    • Dual SIM (nano-SIM + eSIM) atau dual eSIM.
    • Face ID, LiDAR Scanner, Action Button, Camera Control, Apple Intelligence.
    • Berat: 231g.
    • Warna: Cosmic Orange, Deep Blue, Silver.

    Harga rasmi di Apple Store Malaysia bermula daripada RM5,499 bagi model asas 256GB manakala pilihan storan lain termasuk 512GB, 1TB dan 2TB dengan harga mencecah sehingga RM9,999. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured