More

    Siri iQOO 5 dilancarkan: Snapdragon 865, cas pantas 120W, skrin 120Hz berharga ~RM2,414

    Walaupun jenama iQOO dari vivo setakat ini kebanyakannya hanya dipasarkan di negara China, namun ia tetap mendapat perhatian termasuk dari pengguna telefon pintar di Malaysia. Terkini, siri iQOO 5 dengan sokongan pengecasan pantas 120W yang mampu mengecas penuh peranti selama 15 minit telah dilancarkan di pasaran China.

    Antara penawaran spesifikasi yang gah setakat ini dalam industri telefon pintar adalah cas pantas 120W, skrin amoled dengan kadar segar semula 120Hz, cipset Snapdragon 865 dan RAM sehingga 12GB. Berikut adalah spesifikasi iQOO 5 dan iQOO 5 Pro di pasaran China.

    iQOO 5

    • Cipset Snapdragon 865
    • RAM LPDDR5 8GB/12GB + storan 128GB/256GB
    • Paparan 6.56 inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz + kadar persampelan 240Hz
    • Sokongan skrin warna gamut 100% P3
    • Kamera utama 50MP + 13MP (ultra lebar) + 13MP (potret)
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 4500mAh
    • Pengecasan pantas 55W
    • Sensor cap jari di bawah skrin + pengesanan wajah

    iQOO 5 Pro

    • Cipset Snapdragon 865
    • RAM LPDDR5 8GB/12GB + storan 256GB
    • Paparan 6.56 inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz + kadar persampelan 240Hz
    • Sokongan skrin warna gamut 100% P3
    • Kamera utama 50MP + 13MP (ultra lebar) + 8MP (periskop)
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 4000mAh
    • Pengecasan pantas 120W
    • Sensor cap jari di bawah skrin + pengesanan wajah
    iQOO 5
    iQOO 5
    iQOO 5 Pro
    iQOO 5 Pro

    Berkenaan pengecasan pantas 120W pada iQOO 5 Pro, ia boleh mengecas 50% bateri 4000mAh dalam masa 5 minit sahaja, manakala pengecasan penuh 100% selama 15 minit. Pengecasan pantasnya selamat kerana ia mempunyai kelulusan TUV Rheinland. Siri iQOO 5 juga dilengkapi ruang pelesapan haba yang lebih tebal dan besar untuk pelesapan haba yang lebih baik semasa pengecasan dan gaming.

    Lebih menarik, ia menyokong fungsi penukaran empat rangkaian yang mampu menilai rangkaian yang terbaik dan menyambungkan anda ke rangkaian tersebut secara automatik. Siri iQOO 5 juga hadir dengan beberapa spesifikasi audio yang baik seperti cip berdinamik tinggi 120dB HiFi dan dua pembesar suara stereo dengan amplitud besar.

    Berikut adalah harga siri iQOO 5 di pasaran China yang ditukarkan kepada nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM):

    iQOO 5:

    • Varian 8GB+126GB berharga 3998 yuan (~RM2414)
    • Varian 12GB+128GB berharga 4298 yuan (~RM2595)
    • Varian 12GB+256GB berharga 4598 yuan (~RM2776)

    iQOO 5 Pro:

    • Varian 8GB+256GB berharga 4998 yuan (~RM3017)
    • Varian 12GB+256GB berharga 5498 yuan (~RM3319)

    Adakah anda berminat dengan peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured