More

    Siri iQOO 9 mungkin akan dilancar pada 5 Januari 2022

    Jenama telefon yang berada di bawah naungan vivo, iQOO, bakal melancarkan siri telefon pintar andalan baharu iaitu iQOO 9 yang terdiri daripada iQOO 9 dan iQOO 9 Pro.

    Maklumat tersebut diperolehi daripada sebuah poster yang telah tertiris di China dan turut menunjukkan rekaan belakangnya. Telefon tersebut mempunyai rekaan jalur lumba (racing stripe) yang sinonim dengan peranti iQOO serta sebuah bonggol kamera besar berbentuk petak dan menempatkan dua lensa.

    Berdasarkan teks daripada bonggol kamera tersebut, ia akan mempunyai penstabilan imej optikal. Untuk iQOO 9 Pro pula, ia mempunyai lukisan naga di belakangnya.

    iQOO 9 Pro dikhabarkan bakal menjadi telefon iQOO pertama yang dilengkapi cipset andalan Snapdragon 8 Gen 1, manakala skrinnya pula adalah AMOLED 120Hz berukuran 6.78 inci. Baterinya juga mungkin berkapasiti 4,700mAh.

    Kongsi pendapat anda tentang telefon iQOO di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured