More

    Siri iQOO Neo10 dilancar dengan SD 8 Gen 3, Dimensity 9400 bermula ~RM1,412

    iQOO secara rasmi melancarkan siri Neo10 yang menampilkan dua model iaitu Neo10 dan Neo10 Pro. Siri ini memperkenalkan cipset dan reka bentuk baharu serta ciri perisian terkini. Siri Neo10 mengekalkan reka bentuk rata seperti Neo9 tetapi dengan bezel yang lebih nipis. Bahagian belakang pula menampilkan reka bentuk kamera baharu termasuk pilihan kemasan kulit vegan.

    Kedua-dua model hadir dengan skrin rata LTPO 6.78 inci, resolusi 1.5K+, kadar segar semula 144Hz dan kecerahan maksimum 1800nits serta menyokong pengimbas cap jari 3D ultrasonik. Neo10 dilengkapi pemproses Snapdragon 8 Gen 3 manakala Neo10 Pro menggunakan Dimensity 9400.

    Kedua-duanya memiliki sistem penyejukan VC 6400mm² dan kapasiti bateri besar 6100mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W. Kedua-dua model dilengkapi sensor utama Sony IMX921 dengan teknologi OIS dan VCS human-eye bionic untuk hasil gambar yang tajam. Neo10 Pro menampilkan kamera ultralebar 50MP manakala Neo10 menawarkan lensa 8MP.

    Harga iQOO Neo10 bermula daripada 2299 yuan (~RM1,412) untuk varian 12/256GB hingga 3499 yuan (~RM2,148) untuk varian 16/1TB. Harga Neo10 Pro pula bermula daripada 3199 yuan (~RM1,964) untuk varian 12/256GB hingga 4299 yuan (~RM2,640) untuk varian 16/1TB.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri iQOO Neo10 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: iQOO 1|2

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured