More

    Siri iQOO Neo8 akan dilancarkan pada 23 Mei 2023

    Jika anda peminat telefon pintar iQOO, model terbaharu jenama itu, iQOO Neo8 akan dilancarkan pada 23 Mei 2023. Maklumat ini dinyatakan di akaun Weibo iQOO.

    Setakat ini, kami hanya mengatahui bahawa ia akan menampilkan “cip dwi-andalan ” yang secara khususnya merujuk kepada MediaTek Dimensity 9200+ dan vivo V1+. Untuk makluman anda, Dimensity 9200+ adalah cipset perdana yang dilancarkan minggu ini manakala V1+ merupakan cip pengimejan yang dilengkapi pada siri vivo X80 tahun lepas.

    Selain itu, video promosi yang disiarkan iQOO menyebut tentang ketersediaan model Pro. Ia mempunyai bahagian belakang kulit oren gelap dengan tri-kamera belakang sambil membawa kesan visual yang bergetar dan melonjak dalam penggoda membayangkan penekanan yang kuat pada pembesar suara.

    Adakah ia akan dilancarkan untuk oasaran global juga? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured