More

    Siri iQOO Neo8 dilancar: MediaTek 9200+, pengecasan pantas 120W dan skrin 144Hz bermula ~RM1618

    iQOO secara rasmi mengeluarkan siri Neo8 dengan membawakan dua model iaitu iQOO Neo 8 dan Neo 8 Pro. Siri iQOO Neo8 mempunyai tiga pilihan warna iaitu Match Point, Surf dan Night Rock. Skrinnya menyokong frekuensi pemalapan PWM sehingga 2160Hz dan tahap pelarasan kecerahan 16,000.

    Terdapat juga pensijilan cahaya biru rendah SGS dan boleh melaraskan kecerahan skrin serta suhu warna dengan pintar. Kecerahan skrin puncak ialah 1300nit dan menyokong sensitiviti tekanan dwi. Versi standard iQOO Neo8 dilengkapi dengan Snapdragon 8+ Gen 1 manakala Neo8 Pro menggunakan MediaTek Dimensity 9200+ yang pertama di dunia.

    Selain itu, siri iQOO Neo8 dilengkapi dengan cip vivo V1+ yang dibangunkan sendiri dan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman UFS4.0 512GB. Siri iQOO Neo8 juga memliki ruang wap VC, pelesapan haba tiga dimensi grafit untuk mempercepatkan pengaliran haba ditambah 9 sensor suhu NTC untuk memantau perubahan suhu telefon.

    Dilengkapi dengan cip paparan V1+ yang dibangunkan sendiri, ia menjimatkan penggunaan kuasa sebanyak 14.2% ketika bermain game. Siri iQOO Neo8 telah lulus ujian dan pensijilan mesin pertandingan King Pro League (KPL) yang dibuktikan dengan peningkatan giroskop serta kawalan somatosensori.

    iQOO Neo8 Pro juga mempunyai sensitiviti tekanan dwi-kawalan pada skrin dan motor linear dwi paksi X simetri. Bateri siri iQOO Neo8 berkapsiti 5,000mAh menyokong pengecasan pantas 120W. Ia boleh mengecas daripada 1% hingga 50% dalam masa 9 minit dan pengecasan 75% mengambil masa 15 minit.

    Bahagian belakang iQOO Neo8 Pro mempunyai kamera utama SONY IMX866 VCS 50MP 1/1.56 inci OIS, dwi kamera ultra lebar 8MP dan kamera swafoto 16MP. iQOO Neo8 mempunyai kamera utama Samsung S5KGN5, 1/1.57 inci, OIS 50MP, kamera dwi medan kedalaman 2MP dan kamera swafoto 16MP.

    Untuk harga, iQOO Neo8 varian 12/256GB berharga 2499 yuan (~RM1,618), varian 12/512GB berharga 2799 yuan (~RM1,813) dan varian 16/512GB berharga 3099 yuan (~RM2,007). iQOO Neo8 Pro pula berharga 3299 yuan (~RM2,137) untuk varian 16/256GB manakala varian 16/512GB berharga 3599 yuan (~RM2,331).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...