More

    Siri iQOO Z11 5G kini tersedia untuk ditempah di Malaysia dengan hadiah bernilai RM516

    iQOO Malaysia mengesahkan ketibaan siri baharu mereka iaitu iQOO Z11 5G dan iQOO Z11x 5G dengan fokus utama pada kapasiti bateri besar, prestasi stabil dan sistem penyejukan besar. iQOO Z11 5G yang merupakan model utama hadir dengan bateri 9020mAh Silicon BlueVolt. Walaupun kapasiti tinggi, peranti masih mengekalkan badan nipis 8.25mm dengan berat sekitar 213g.

    Baterinya menyokong 90W FlashCharge bersama ciri seperti Bypass Charging, perlindungan pengecasan berlapis dan sistem penjagaan bateri termasuk jaminan kesihatan bateri sehingga 5 tahun. Untuk prestasi berterusan, Z11 5G dilengkapi sistem penyejukan 7000 mm² vapor chamber dengan keluasan keseluruhan sehingga 18,000 mm².

    iQOO mendakwa sistem ini mampu mengurangkan suhu permukaan sehingga 1.6°C selepas satu jam penggunaan berat seperti gaming. Reka bentuk turut diberi perhatian dengan penggunaan sudut melengkung 9.13° serta modul kamera Floating Porthole dengan kemasan logam. Pilihan warna termasuk Glacier Blue dan hitam.

    Sementara itu, iQOO Z11x 5G ditawarkan sebagai varian lebih mampu milik dengan cip MediaTek Dimensity 7400-Turbo, bateri 7200mAh serta sokongan pengecasan 44W FlashCharge. Ia juga menampilkan penarafan IP68 dan IP69. Kedua-dua model kini dibuka untuk tempahan di Malaysia bermula 27 April hingga 5 Mei 2026.

    Pembeli awal iQOO Z11 5G akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM516 termasuk aksesori dan lanjutan jaminan. Pelancaran rasmi dijangka berlangsung dalam masa terdekat. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured