More

    Siri iQOO Z7 bakal dilancar, dilengkapi dengan pengecasan pantas 120W

    iQOO, jenama telefon pintar yang kini turut berada di Malaysia bersedia untuk melancarkan siri iQOO Z7 yang terdiri daripada model standard dan iQOO Z7x pada 10 April 2023.

    Siri iQOO Z7 dengan slogannya ‘Born for Gen Z‘ sesuai untuk kalangan belia menampilkan ciri futuristik dan reka bentuk yang menarik. Kemudian, slogan “PowerZGiler” untuk iQOO Z7 menjadi telefonĀ gamingĀ dengan pengecasan pantas 120W menjadi keterjuaan orang ramai.

    Pengurus Besar iQOO Malaysia, Jeremy Lin berkata bahawa mereka memahami permintaan unik pengguna Gen Z yang celik teknologi dan berorientasikan fesyen di Malaysia. Dengan ini, mereka ingin memenuhi jangkaan mereka dengan membangunkan standard baharu dalam industri telefon pintar dengan ciri-ciri canggihnya.

    iQOO Z7 dilengkapi dengan ciri menarik seperti teknologi Extended RAM 3.0 12GB+ storan 256GB. Dengan ciri ini, pengguna boleh menikmati game berprestasi tinggi dan aktiviti intensif lain tanpa mengalami lag atau lengah.

    DariĀ 3 hingga 9 April 2023, iQOO membuka program Minat Pendaftaran di mana pelanggan yang mendaftar layak mendapat e-baucar platform RM20 yang boleh digunakan pada hari jualan pertama pada 10 April ini.

    Pelanggan yang membeli siri iQOO Z7 pada 10 April 2023 melalui E-Store rasmi vivo Malaysia dan kedai utama rasmi iQOO Malaysia di Shopee dan Lazada juga akan berhak untuk menebus lengan jariĀ gamingĀ iQOO.

    Ketahui lebih lanjut mengenai pelancaran ini di Facebook, Instagram, TikTok dan laman web rasminya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured