More

    Siri komputer riba TUF Gaming 2023 dilancar di Malaysia: AMD, Intel dan NVIDIA terkini bermula RM4,999

    Akhirnya, ASUS Malaysia mengumumkan barisan komputer riba TUF Gaming 2023 baharu. Sebagai tambahan kepada TUF Gaming A16 Advantage Edition, komputer riba TUF Gaming A15, A17, F15 dan F17 juga kembali dengan pemproses AMD, Intel dan NVIDIA terkini untuk gamers Malaysia.

    Bermula dengan TUF Gaming A16 Advantage Edition, ia dikuasakan oleh cipset AMD Ryzen 9 7940HS dan grafik mudah alih AMD Radeon RX 7600S. Dengan menggunakan teknologi Zen 4 dan RDNA 3 terbaru AMD, ASUS menyepadukan ciri eksklusif seperti AMD SmartShift dan AMD Smart Access Memory untuk peningkatan prestasi dan kecekapan sistem. 

    Skrinnya berukuran 16 inci dengan bezel nipis, nisbah skrin-ke-badan 90% pada komputer riba menyokong kadar penyegaran QHD 240Hz dan ia juga serasi dengan AMD FreeSync Premium. Untuk melengkapkan lagi spesifikasi teknologi, TUF Gaming A16 menampilkan DDR5 RAM 4800MHz, storan PCIe Gen 4 sehingga 1TB, bateri 90Wh dan port USB-C. 

    Daripada segi reka bentuk luaran, komputer riba gaming ini diilhamkan-oleh-tentera dengan warna Sandstorm dalam kemasan aluminium anod. Ia juga mempunyai pensijilan MIL-STD-810H untuk perlindungan dan ketahanan.

    Bagi barisan lain seperti TUF Gaming F15 dan F17, kedua-duanya dikuasakan dengan cipset Intel Core i7-13700H Generasi Ke-13, manakala TUF Gaming A15 dan A17 menggunakan cipset AMD Ryzen 9 7940H. 

    Keempat-empat model ini menggunakan GPU NVIDIA GeForce RTX 40 Series terkini dengan sokongan G-Sync dan menampilkan TGP maksimum 140W dengan Dynamic Boost. MUX Switch dengan NVIDIA Advanced Optimus juga tersedia.

    Berikut merupakan harga dan jadual ketersediaan komputer riba untuk rujukan anda:

    Model TUF Gaming SpesifikasiRRP
    ASUS TUF Gaming F15FX507V-V4LP028WCPU: 13th Gen Intel Core i7-13700H Processor
    GPU: NVIDIA GeForce RTX 4060 8GB GDDR6 (140W)Display: 15.6″ IPS FHD (1920 x 1080) 16:9 144Hz
    RAM: 16GB DDR4-3200 (Dual-channel)
    Storage: 512GB PCIe 4.0 NVMe M.2 SSD
    Webcam: 720P HD camera
    Power Supply: 90WHrs Battery / 240W AC Adapter
    Bundle: TUF backpack
    RM6,499
    Disediakan – Mac
    ASUS TUF Gaming F15FX507V-U4LP030WCPU: 13th Gen Intel Core i7-13700H Processor
    GPU: NVIDIA GeForce RTX 4050 6GB GDDR6 (140W)Display: 15.6″ IPS FHD (1920 x 1080) 16:9 144Hz
    RAM: 16GB DDR4-3200 (Dual-channel)
    Storage: 512GB PCIe 4.0 NVMe M.2 SSD
    Webcam: 720P HD camera
    Power Supply: 90WHrs Battery / 240W AC Adapter
    Bundle: TUF backpack
    RM5,999 
    Disediakan – Mac
    ASUS TUF Gaming F15FX507Z-U4LP052WCPU: 12th Gen Intel Core i7-12700H
    GPU: NVIDIA GeForce RTX 4050 6GB GDDR6 (140W)Display: 15.6″ IPS FHD (1920 x 1080) 16:9 144Hz
    RAM: 8GB DDR4-3200 (Single)
    Storage: 512GB PCIe 4.0 NVMe M.2 SSD
    Webcam: 720P HD camera
    Power Supply: 90WHrs Battery / 240W AC Adapter
    Bundle: TUF backpack
    RM5,299 
    Disediakan – Mac
    ASUS TUF Gaming A15FA507X-IHQ057WCPU: AMD Ryzen 9 7940HS
    GPU: NVIDIA GeForce RTX 4070 8GB GDDR6 (140W)Display: 15.6″ IPS FHD (1920 x 1080) 16:9 165Hz
    RAM: 16GB DDR5-4800 (Dual-channel)
    Storage: 1TB PCIe 4.0 NVMe M.2 SSD
    Webcam: 720P HD camera
    Power Supply: 90WHrs Battery / 240W AC Adapter
    Bundle: TUF backpack
    RM6,999 
    Disediakan – Mac
    ASUS TUF Gaming A15FA507X-VLP029WCPU: AMD Ryzen 9 7940HS
    GPU: NVIDIA GeForce RTX 4060 8GB GDDR6 (140W)Display: 15.6″ IPS FHD (1920 x 1080) 16:9 144Hz
    RAM: 16GB DDR5-4800 (Dual-channel)
    Storage: 512GB PCIe 4.0 NVMe M.2 SSD
    Webcam: 720P HD camera
    Power Supply: 90WHrs Battery / 240W AC Adapter
    Bundle: TUF backpack
    RM5,999 
    Disediakan – Mac
    ASUS TUF Gaming A15FA507N-ULP027WCPU: AMD Ryzen 7 7735HS
    GPU: NVIDIA® GeForce RTX 4050 6GB GDDR6 (140W)Display: 15.6″ IPS FHD (1920 x 1080) 16:9 144Hz
    RAM: 8GB DDR5-4800 (Single)
    Storage: 512GB PCIe 4.0 NVMe M.2 SSD 
    Webcam: 720P HD camera
    Power Supply: 90WHrs Battery / 240W AC Adapter
    Bundle: TUF backpack
    RM4,999 
    Disediakan – Mac
    ASUS TUF Gaming A16 AEFA617X-SN4028WCPU: AMD Ryzen 9 7940HS
    GPU: AMD Radeon RX 7600S 8GB GDDR6 (95W)Display: 16″ IPS QHD+ (2560 x 1600) 16:10 240Hz
    RAM: 16GB DDR5-4800 (Dual-channel)
    Storage: 1TB PCIe 4.0 NVMe M.2 SSD
    Webcam: 720P HD camera
    Power Supply: 90WHrs Battery / 240W AC Adapter
    Bundle: TUF backpack, 100W TYPE-C AC Adapter
    Harga akan dikemas kini. 
    Disediakan – April

    ASUS TUF Gaming A16 AEFA617N-SN3099W
    CPU: AMD Ryzen 7 7735HS
    GPU: AMD Radeon RX 7600S 8GB GDDR6 (95W)Display: 16″ IPS FHD+ (2560 x 1600) 16:10 165Hz
    RAM: 8GB DDR5-4800 (Single)
    Storage: 512GB PCIe 4.0 NVMe M.2 SSD
    Webcam: 720P HD camera
    Power Supply: 90WHrs Battery / 240W AC Adapter
    Bundle: TUF backpack, 100W TYPE-C AC Adapter
    Harga akan dikemas kini.
    Disediakan – April

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...