More

    Siri Lenovo Legion 5 dilancar, komputer riba pertama di dunia dengan skrin WQHD+ 240Hz bermula ~RM4,759

    Seperti yang dijangkakan, Lenovo telah mengumumkan beberapa produk baharu seperti Lenovo Legion 5i Pro, Legion 5 Pro, Legion 5i dan Legion 5. Komputer riba ini memberi prestasi yang menakjubkan dan beberapa spesifikasi menarik.

    Sekiranya anda tidak tahu, siri Legion 5 menampilkan paparan 16 inci manakala siri Legion 5 Pro merupakan komputer riba 16 inci pertama di dunia dengan kadar penyegaran WQHD+ sehingga 240Hz. Ia menyokong gamut warna sRGB 100%, masa tindak balas 3ms, pensijilan VESA DisplayHDR 400, kecerahan sehingga 500 nits, Dolby Vision dan NVIDIA G-SYNC.

    Anda boleh dapatkan komputer riba ini dengan cipset Intel Core i7-12700H Generasi ke-12 atau cipset AMD Ryzen generasi seterusnya yang disertakan dengan GPU Komputer Riba Siri GeForce RTX 30. Ia mempunyai memori 4800Mhz DDR5 dan storan PCle SSD (Gen4) 1TB.

    Komputer riba Legion 5i dengan cipset Intel Core i7-12700H Gen ke-12 dan Legion 5 dengan cipset AMD Ryzen generasi seterusnya dilengkapi dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 3060 dan sistem penyejukan yang menawarkan kipas 40% dengan kawasan kipas ekzos 45% lebih besar berbanding generasi sebelumnya.

    Lenovo Legion 5i
    Lenovo Legion 5

    Kedua-dua komputer riba menampilkan paparan IPS 16:9 WQHD (2560 x 1440) 15-inci dengan kadar penyegaran semula 165Hz, gamut warna sRGB 100% pada 300 nits dan visual spektrum Dolby Vision. Pengguna PC Lenovo termasuk komputer riba Lenovo Legion 5i dan Lenovo Legion 5 boleh dapatkan tawaran tiga bulan percuma daripada Microsoft Xbox Game Pass Ultimate dan EA Play. 

    Komputer riba Lenovo Legion 5i Pro (16”, 7) dengan cipset Intel Core dijangka boleh didapati mulai Februari 2022 berharga $1,569.99 (~RM6,613) dan komputer riba Lenovo Legion 5 Pro (16”, 7) dan generasi seterusnya dengan cipset gen AMD Ryzen dijangka boleh didapati mulai April 2022 bermula $1,429.99 (~RM6023).

    Komputer riba Lenovo Legion 5i (15”, 7) dengan cipset Intel Core dijangka boleh didapati mulai Februari 2022 berharga $1,199.99 (~RM5,054) dan komputer riba Lenovo Legion 5i (15”, 7) dengan generasi seterusnya cipset AMD Ryzen dijangka boleh didapati mulai April 2022 bermula $1,129.99 (~RM4,759).

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    "
    "

    Sumber: TechNaveEN

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...