More

    Siri Lenovo Yoga dilancar di Malaysia: Intel Core Gen-12 dan Intel Iris Xe bermula RM4189

    Selain siri Lenovo Legion, Lenovo Malaysia turut membawa masuk Lenovo Yoga 9i, Yoga 7i dan Yoga Slim 7i Pro terbaharu. Dibina untuk pencipta kandungan, kepada sesiapa yang berminat kini boleh membelinya bermula dari RM4189. Yoga 9i ialah komputer riba skrin sentuh 2-dalam-1 yang boleh digunakan dalam mod komputer riba atau tablet.

    Ia dikuasakan oleh cipset Intel Core i7-1260P Generasi ke-12 dan grafik Intel Iris Xe yang boleh melakukan kebanyakan tugas harian dengan sempurna. Skrin sentuh OLED menyokong resolusi 4K dan VESA DisplayHDR 500 True Black yang diperakui untuk ketepatan warna DCI-P3 100%.

    Yoga 7i juga menampilkan cipset dan grafik yang sama seperti Yoga 9i. Terdapat juga paparan skrin sentuh IPS tetapi menyokong resolusi 2.2K, gamut warna 100% sRGB dan Dolby Vision. Satu lagi penambahan sistem talaan Dolby hadir iaitu Dolby Atmos juga untuk prestasi bunyi yang terbaik.

    Yoga Slim 7i Pro dilengkapi pemproses Intel Core Generasi ke-12 dan Intel Iris Xe yang terkini juga. Komputer riba 14 inci ini menawarkan resolusi 2.8K dengan nisbah skrin-ke-badan 91% dan nisbah bidang 16:10.

    Pelanggan yang berminat dengan Lenovo Yoga 9i dan Lenovo Yoga 7i boleh membelinya di laman rasmi Lenovo bermula daripada RM5,710 dan RM4,189. Pelanggan juga boleh membelinya dari Lenovo Exclusive Stores (LES) dan penjual sah di Lazada dan Shopee pada harga RM6,699 dan RM4,399.

    Lenovo Slim 7i Pro pula berharga RM4,149 pada laman rasmi Lenovo dan harga runcit disyorkan RM4,899 di Lenovo Exclusive Stores (LES) dan penjual sah di Lazada serta Shopee. Adakah anda berminat untuk memiliki mana-mana komputer riba daripada Lenovo ini?

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...