More

    Siri Lenovo Yoga, ThinkPad, IdeaPad dan Aura Edition dilengkapi AI rasmi di Malaysia, bermula RM4,499

    Lenovo telah melancarkan rangkaian komputer riba dilengkapi oleh pemproses Intel Core Ultra yang merangkumi model Yoga, ThinkPad dan IdeaPad berkuasa kecerdasan buatan (AI) terbaharunya di Malaysia.

    Setiap komputer riba dalam siri Lenovo Aura Edition dilengkapi dengan ciri pintar eksklusif yang membolehkan pengguna menyesuaikan tetapan mengikut keperluan mereka. Fungsi seperti Smart Share memudahkan perkongsian fail antara telefon pintar dan komputer manakala Smart Care menyediakan sokongan teknikal 24/7.

    Lenovo Yoga Slim 7i Aura Edition direka dengan ketahanan gred ketenteraan dalam reka bentuk ultra nipis dan dilengkapi skrin beresolusi 2.8K Puresight Pro dengan pilihan skrin sentuh serta bateri tahan lebih 18 jam. Ia tersedia dalam dua saiz iaitu 14 dan 15 inci dengan harga bermula daripada RM6,999 dan RM7,499.

    Lenovo ThinkPad X9 Aura Edition pula sesuai untuk pekerja hibrid dan profesional. Ia dilengkapi dengan kamera berkualiti tinggi 8MP yang menghasilkan panggilan video lebih jelas serta teknologi AI Now yang menjadikan pengalaman pengguna lebih intuitif. Model ini ditawarkan dengan harga bermula dari RM9,288.

    Lenovo ThinkPad X1 Carbon Aura Edition adalah model ThinkPad paling ringan dengan berat kurang daripada 1kg. Skrinnya menggunakan teknologi OLED 2.8K Dolby Vision dengan kadar segar semula 120Hz dan prestasi AI tiga kali ganda lebih pantas berbanding generasi sebelumnya. Ia dijual pada harga bermula RM9,676.

    Lenovo Yoga 7i 2-in-1 pula menampilkan reka bentuk fleksibel 360° yang membolehkan pengguna menyesuaikan penggunaannya sebagai komputer riba atau tablet. Ia boleh didapati dengan harga bermula dari RM4,499.

    Lenovo Yoga Book 9i hadir dengan dua skrin OLED PureSight yang membolehkan pengguna menikmati pengalaman kreatif yang unik dan ditawarkan pada harga RM9,999. Selain itu, Lenovo Yoga Slim 9i menawarkan teknologi kamera bawah skrin pertama di dunia dengan nisbah skrin-ke-badan 98%. Komputer riba ini boleh dibeli dengan harga bermula RM9,999.

    Lenovo IdeaPad Slim 5i pula hadir dengan skrin resolusi tinggi 16 inci yang disertakan dengan teknologi Dolby Audio untuk pengalaman audio yang lebih mengasyikkan. Model ini boleh didapati dengan harga bermula dari RM4,499. Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman web rasmi Lenovo Malaysia di Lenovo Malaysia.

    "
    "

    Siri produk Lenovo ini boleh didapati di stor rasmi Lenovo di Lazada dan Shopee. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu komputer riba yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured