More

    Siri Meta Ray-Ban baharu tertiris, dedah fungsi HUD dan kawalan gelang pintar

    Meta sekali lagi berdepan ketirisan maklumat apabila satu video promosi tidak tersenarai di saluran YouTube rasminya mendedahkan barisan cermin mata pintar baharu berjenama Ray-Ban lengkap dengan paparan heads-up display (HUD) serta gelang lengan pintar untuk kawalan isyarat.

    Video tersebut kemudiannya ditukar dan dialih keluar, namun sempat dikongsi semula oleh beberapa portal teknologi sebelum acara tahunan Meta Connect berlangsung. Berdasarkan video, model yang dikenali sebagai “Meta Ray-Ban Display” menampilkan HUD monocular di bahagian kanan lensa dengan fungsi seperti panduan navigasi, notifikasi mesej, terjemahan masa nyata dan kawalan suara.

    Pengguna turut ditunjukkan mampu berinteraksi menggunakan gelang sEMG di pergelangan tangan yang membolehkan input isyarat tanpa perlu menyentuh cermin mata. Beberapa laporan antarabangsa menyebut model dengan paparan ini mungkin dijual pada harga sekitar US$800 (anggaran RM3,700) menjadikannya lebih premium berbanding siri Ray-Ban Meta sedia ada.

    Namun begitu, Meta belum mengesahkan sebarang maklumat rasmi termasuk nama produk, harga atau tarikh pelancaran. Semua butiran dijangka akan disahkan semasa Meta Connect. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Upload

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...