More

    Siri Nothing Phone (3a) rasmi di Malaysia dengan SD 7s Gen 3, AMOLED 6.77″ 120Hz bermula RM1,699

    Nothing hari ini secara rasmi telah melancarkan siri terbaharunya dengan Nothing Phone (3a) dan Phone (3a) Pro dalam pasaran Malaysia. Model ini menampilkan peningkatan ketara dari segi prestasi, rekaan dan keupayaan kamera berbanding pendahulunya.

    Rekaan telefon ini masih mengekalkan Glyph Interface yang ikonik dengan penambahbaikan pada fungsi pencahayaan. Kedua-dua model juga menggunakan skrin AMOLED 6.77 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan tahap kecerahan maksimum 3000 nits menjadikannya lebih terang serta responsif.

    Daripada segi prestasi, kedua-dua telefon dikuasakan oleh cip Snapdragon 7s Gen 3. Nothing juga telah meningkatkan kapasiti bateri kepada 5000mAh dengan pengecasan pantas 50W. Kamera turut menerima peningkatan besar dengan kamera utama 50MP dan ultra lebar 8MP untuk kedua-dua model.

    Model Phone (3a) dilengkapi telefoto 50MP dengan 2x zum optikal manakala model Phone (3a) Pro menampilkan kamera periskop 50MP dengan 3x zum optikal serta keupayaan zum sehingga 60x. Siri Nothing Phone (3a) hadir dengan sistem operasi Nothing OS 3.1 berasaskan Android 15 dan menerima kemas kini Android selama 3 tahun serta kemas kini keselamatan selama 4 tahun.

    Nothing Phone (3a) Series akan mula dijual dalam pilihan warna hitam dan putih dengan harga bermula RM1,699. Tempahan bermula 8 Mac 2025 dan tersedia untuk jualan bermula 22 Mac 2025. Kepada yang berminat untuk mendapatkannya secara segera, anda boleh lawati Crossover di Sunway Pyramid pada 15 Mac 2025 bermula jam 9 pagi.

    Spesifikasi Nothing Phone (3a):

    • Cipset: Snapdragon 7s Gen 3
    • RAM 12GB
    • Storan 256GB
    • Skrin: 6.77” AMOLED, 120Hz, 3000 nits kecerahan puncak
    • Kamera belakang: Utama 50MP (OIS & EIS), ultra lebar 8MP (120° FOV) dan kamera telefoto 50MP (2x zum optikal, 30x digital zum)
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri: 5000mAh dengan pengecasan pantas 50W
    • Sistem operasi Nothing OS 3.1 (Android 15)
    • Kalis Air dan habuk: IP64
    • Warna: Hitam, putih dan biru
    • Harga: RM1,699

    Spesifikasi Nothing Phone (3a) Pro:

    • Cipset: Snapdragon 7s Gen 3
    • RAM 8GB atau 12GB
    • Storan 128GB atau 256GB
    • Skrin: 6.77” AMOLED, 120Hz, 3000 nits kecerahan puncak
    • Kamera belakang: Utama 50MP (OIS & EIS), ultra lebar 8MP (120° FOV) dan kamera telefoto 50MP (3x zum optikal, 60x digital zum)
    • Kamera swafoto 50MP
    • Bateri: 5000mAh dengan pengecasan pantas 50W
    • Sistem operasi Nothing OS 3.1 (Android 15)
    • Kalis Air dan habuk: IP64
    • Warna: Hitam dan putih
    • Harga: RM1,999

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Nothing Phone (3a) dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Siri Xiaomi 18 Pro dilancar: SD 8 Elite Gen 6, dwi-kamera Leica 200MP dan...

    Xiaomi melancarkan siri peranti mercu baharu di China menerusi model Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Kedua-dua telefon pintar ini...

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...