More

    Siri Nothing Phone (4a) rasmi di Malaysia – SD 7 Gen 4, skrin 144Hz dan kamera zum 140x bermula RM1,999

    Nothing hari ini memperkenalkan siri baharu telefon pintar kelas pertengahan Nothing Phone (4a) dan Nothing Phone (4a) Pro. Kedua-dua model hadir dengan reka bentuk lutsinar ikonik, sistem kamera periskop dan cipset siri Snapdragon 7. Phone (4a) Pro menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 7 Gen 4 manakala Phone (4a) pula dijana oleh Qualcomm Snapdragon 7s Gen 4.

    Kedua-dua peranti dilengkapi bateri 5,080mAh dengan pengecasan pantas 50W yang mampu mencapai sehingga 60% dalam kira-kira 30 minit. Untuk kamera, Phone (4a) Pro menampilkan kamera utama Sony LYT700c dengan sokongan OIS serta lensa telefoto periskop 50MP dengan zoom optikal 3.5x dan sehingga 140x zum digital. Ia turut disertakan kamera ultra lebar Sony dan kamera hadapan 32MP.

    Phone (4a) pula menawarkan sistem kamera terdiri daripada sensor utama 50MP OIS, periskop 50MP 3.5x, ultra lebar Sony serta kamera swafoto 32MP. Kedua-dua model menyokong enjin pemprosesan imej TrueLens Engine 4 dengan sokongan foto Ultra XDR dan rakaman video 4K Ultra XDR. Untuk paparan, Phone (4a) Pro menggunakan skrin AMOLED 6.83 inci beresolusi 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak sehingga 5,000 nits.

    Phone (4a) pula hadir dengan skrin AMOLED 6.78 inci beresolusi 1.5K dan kadar segar semula adaptif 120Hz dengan kecerahan maksimum 4,500 nits. Kedua-duanya dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 7i serta menjalankan sistem operasi Nothing OS 4.1 berasaskan Android 16 dengan jaminan tiga tahun kemas kini Android dan enam tahun kemas kini keselamatan.

    Di Malaysia, tempahan awal bagi Phone (4a) dan Phone (4a) Pro dibuka dari 2 hingga 9 April 2026 melalui laman rasmi Nothing serta rakan runcit terpilih. Pembeli dalam tempoh ini akan menerima potongan harga RM100, jaminan tambahan setahun dan barangan cenderahati selagi stok masih ada. Jualan rasmi dijadual bermula pada 10 April 2026 manakala acara akses awal akan diadakan pada 4 April di CROSSOVER Sunway Pyramid untuk Phone (4a) Pro dan Nothing Image Store Plaza Lowyat untuk Phone (4a).

    Selain telefon pintar baharu, Nothing turut memperkenalkan fon kepala wayarles Nothing Headphone (a) yang dilengkapi pemacu dinamik 40mm dan sistem tiga mikrofon pada setiap sisi dengan sokongan penapisan hingar berasaskan AI untuk panggilan lebih jelas. Ia menyokong codec audio SBC, AAC dan LDAC bagi penstriman audio resolusi tinggi, selain hadir dengan ciri Adaptive ANC dan Transparency Mode.

    Nothing Headphone (a) menawarkan sehingga 135 jam penggunaan dengan ANC dimatikan atau sehingga 75 jam dengan ANC diaktifkan. Reka bentuknya menggunakan kusyen telinga memory foam dan headband silikon cecair untuk keselesaan, berat 310 gram serta mempunyai penarafan IP52 untuk perlindungan terhadap peluh dan habuk.

    Nothing Headphone (a) dijual pada harga RM699 dengan diskaun RM70 ditawarkan sepanjang tempoh tempahan dari 2 hingga 9 April 2026. Nothing Phone (4a) pula ditawarkan pada harga RM1,999 manakala Phone (4a) Pro berharga RM2,299 untuk memori 12/256GB. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...