More

    Siri OnePlus 12 bakal tiba di Malaysia 3 Februari ini bermula RM3,199

    OnePlus telah melancarkan siri OnePlus 12 secara rasmi di pasaran global yang terdiri daripada OnePlus 12 standard dan OnePlus 12R. Kini, kami mendapat tahu bahawa model standardnya akan dilancarkan di Malaysia pada 3 Februari 2024 dan harga jualan untuk kedua-dua telahpun didedahkan.

    Spesifikasinya adalaha sama seperti model China di mana OnePlus 12 dengan skrin AMOLED melengkung 6.82 inci, resolusi QHD+, paparan LTPO 120Hz dan kecerahan puncak 4,500 nits. Ia dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 3, RAM sehingga 16GB dan storan UFS 4 512GB serta bateri 5,400mAh yang menyokong pengecasan wayarles berwayar 100W, wayarles 50W dan 10W.

    OnePlus 12R mempunyai pengimbas cap jari dalam skrin dan bahagian sisi sedikit melengkung BOE X1 OLED 6.78 inci dengan potongan lubang tebuk di tengah. Peranti ini dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 2, menawarkan RAM 12GB, storan 256GB dan  bateri 5,500mAh yang menyokong pengecasan berwayar 100W.

    Tarikh pelancaran OnePlus 12R masih tidak diumumkan tetapi ia akan dijual pada harga RM3,199 untuk varian 16/256 GB dengan dua pilihan warna iaitu Iron Gray dan Cool Blue. Untuk OnePlus 12 pula, ia hanya menawarakan satu varian iaitu 16/512 GB dengan pilihan warna Flowy Emerald atau Silky Black pada harga RM4,599. Langganan Google One 100GB untuk 6 bulan turut akan diberikan secara percuma untuk setiap pembelian. 

    Ketahui lebih lanjut mengenai siri ini di laman web rasmi OnePlus. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...