More

    Siri OPPO A5 Pro dilancar di Malaysia: Telefon dengan rekaan tahan lasak, fungsi AI, bermula RM899

    OPPO Malaysia hari ini melancarkan dua telefon pintar mampu milik iaitu OPPO A5 Pro 5G dan OPPO A5 Pro. Selain dijual pada harga yang mampu milik, siri telefon ini mempunyai rekaan yang tahan lasak bertaraf tentera dan rating kalis air IP69/68/66.

    Ia ditawarkan dalam beberapa pilihan warna untuk setiap varian. OPPO A5 Pro 5G ditawarkan dalam pilihan warna perang Mocha Brown dan merah jambu Bloom Pink, manakala OPPO A5 Pro ditawarkan dalam warna hijau Olive Green.

    Telefon ini mempunyai teknologi khas untuk memastikan hubungan komunikasi yang kukuh dan stabil, seperti AI LinkBoost 2.0 dan reka bentuk Antena Keliling 360°, bagi menjamin liputan yang konsisten walaupun dalam kawasan isyarat yang lemah. Ia juga mempunyai teknologi BeaconLink OPPO yang membenarkan panggilan suara satu-lawan-satu pada jarak sehingga 205 meter di kawasan terbuka.

    Daripada segi fotografi, OPPO memperkenalkan fungsi Livephoto buat kali pertama untuk peranti dalam kategori harga ini. Livephoto membenarkan anda merakam video dan audio berkualiti tinggi dalam tempoh 1.5 saat sebelum dan selepas shutter ditekan. Ia juga menyokong fungsi Fotografi Bawah Air untuk mengambil gambar dengan mudah di bawah permukaan air.

    Ia turut mempunyai beberapa ciri suntingan gambar berdasarkan AI seperti AI Reflection Remover, AI Unblur, AI Clarity Enhancer, AI Eraser 2.0 dan AI Studio.

    Kedua-dua telefon mempunyai spesifikasi yang hampir serupa, kecuali daripada segi rangkaian yang disokong dan cipset. Hanya OPPO A5 Pro 5G sahaja yang boleh dihubungkan dengan rangkaian 5G, manakala untuk cipset, A5 Pro menggunakan Snapdragon 6s 4G Gen 1 dan A5 Pro 5G menggunakan MediaTek Dimensity 6300.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri OPPO A5 Pro:

    OPPO A5 Pro

    • Skrin LCD 6.67 inci, resolusi 720×1604, kadar segar semula 90Hz, kecerahan puncak 1,000 nits, kaca Corning Gorilla Glass 7i
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 6s 4G Gen 1
    • RAM LPDDR4X 8GB
    • Storan dalaman UFS2.1 256GB, boleh dibesarkan dengan microSD
    • Kamera utama 50MP + kamera monokrom 2MP
    • Kamera hadapan 8MP
    • Bateri 5,800mAh
    • Pengecasan pantas 45W SUPERVOOC, pengecas disertakan dalam kotak
    • Sistem operasi ColorOS 15.0 dengan Android 15
    • Wi-Fi 5, Bluetooth 5.0
    • Port USB-C
    • Pilihan warna Mocha Brown dan Olive Green
    • Rating kalis air IP69/68/66
    • Harga RM899

    OPPO A5 Pro 5G

    • Skrin LCD 6.67 inci, resolusi 720×1604, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 1,000 nits, kaca Corning Gorilla Glass 7i
    • Cipset MediaTek Dimensity 6300
    • RAM LPDDR4X 8GB
    • Storan dalaman UFS2.2 256GB, boleh dibesarkan dengan microSD
    • Kamera utama 50MP + kamera monokrom 2MP
    • Kamera hadapan 8MP
    • Bateri 5,800mAh
    • Pengecasan pantas 45W SUPERVOOC, pengecas disertakan dalam kotak
    • Sistem operasi ColorOS 15.0 dengan Android 15
    • Wi-Fi 5, Bluetooth 5.3
    • Port USB-C
    • Pilihan warna Mocha Brown dan Bloom Pink
    • Rating kalis air IP69/68/66
    • Harga RM1,099

    Kedua-dua telefon akan dijual bermula 15 Mac ini di Kedai Jenama OPPO, My OPPO Space, Pengedar Sah OPPO, E-Store Rasmi OPPO di Lazada, Shopee dan TikTok Shop serta OPPO E-Store. Setiap pembelian akan menerima beg silang badan Liga Juara-Juara OPPOxUEFA serta pelan perlindungan OPPO Care Plus (bernilai RM1,108). Jika anda tambah nilai sebanyak RM100, anda akan menerima fon telinga wayarles OPPO Enco Buds3 Pro.

    "
    "

    Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai OPPO A5 Pro dan OPPO A5 Pro 5G. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured