More

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan kepada keupayaan fotografi serta ketahanan bateri untuk kegunaan seharian. Pada bahagian hadapan, siri ini dilengkapi kamera swafoto AI Ultra-Lebar 50MP dengan sudut pandangan 100 darjah.

    Sistemnya turut menyertakan ciri AI Auto Wide-Angle Switch yang melaras sudut lensa secara automatik antara 1x dan 0.6x mengikut bilangan subjek dan fungsi Natural Tone untuk ketepatan warna kulit. Untuk fotografi, ia menggunakan sensor utama 50MP bersaiz 1/2 inci yang mampu menangkap 70 peratus lebih banyak cahaya disokong oleh algoritma AI Night Mode untuk penggambaran cahaya rendah dan ciri AI Popout.

    OPPO A7 Pro Max 5G dibekalkan dengan bateri ultra-nipis bernilai 10,000mAh. OPPO mendakwa bateri ini mampu menyokong navigasi Google Maps sehingga 30.9 jam, panggilan video WhatsApp selama 14.7 jam dan permainan MLBB sehingga 15 jam. Model Pro Max menyokong pengecasan pantas 80W SUPERVOOC yang memerlukan 91 minit untuk pengecasan penuh.

    Sementara itu, OPPO A7 Pro 5G memuatkan bateri berkapasiti 8,000mAh dengan pengecasan 45W SUPERVOOC yang mengambil masa 101 minit untuk dipenuhkan serta menyokong masa navigasi sehingga 27.97 jam. Kedua-dua model menyokong fungsi pengecasan berwayar berbalik untuk membekalkan kuasa kepada peranti luar.

    Tawaran Deal Pack bernilai RM629 dijual pada harga RM50 bagi pembelian di Kedai Dalam Talian OPPO bermula 11 hingga 18 September 2026. Pembeli OPPO A7 Pro Max bakal menerima kupon hadiah OPPO Enco Air4 dan rebat RM200 manakala pembeli OPPO A7 Pro menerima kupon OPPO Enco Buds3 Pro dan rebat RM100.

    Pembeli juga layak membeli aksesori tambahan seperti OPPO Portable Wireless Speaker pada harga RM149 atau OPPO Enco Buds3 pada harga RM99 bergantung pada stok. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...