More

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula RM4,999

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor 200MP serta bateri silicon-carbon berkapasiti 8,000mAh. Find X10 dilengkapi dua kamera 200MP, manakala Find X10 Pro Max menawarkan tiga kamera 200MP untuk sensor utama, ultra-lebar dan telefoto.

    Model Pro Max turut menyokong rakaman video sehingga 8K 30fps dan 4K 120fps, selain teknologi pemprosesan imej LUMO True Image untuk menghasilkan warna kulit dan kontras pencahayaan lebih semula jadi. Find X10 menggunakan skrin 6.59 inci manakala Pro Max hadir dengan panel LTPO 144Hz berukuran 6.78 inci, sokongan warna BT.2020 dan kecerahan puncak 3,600 nits.

    Kedua-dua model turut menyokong pengecasan berwayar 80W dan tanpa wayar 50W, serta mempunyai penarafan ketahanan air dan debu IP66, IP68 dan IP69. Prestasi Find X10 dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9600M 3nm, manakala Pro Max menggunakan Dimensity 9600 Pro 2nm.

    Kedua-duanya menjalankan ColorOS 17 yang menyertakan fungsi AI Mind Pilot untuk membantu pengurusan fail dan penyuntingan foto menggunakan arahan bahasa semula jadi. Di Malaysia, OPPO Find X10 ditawarkan pada harga RM4,999 untuk varian 12/256GB selain pilihan 12/512GB. Pilihan warna termasuk Glacier Blue, Glow Coral dan Mist Grey.

    Sementara itu, Find X10 Pro Max dengan konfigurasi 16/512GB dijual pada harga RM6,999 dalam pilihan warna Luna White dan Titanium Grey melalui pengedar rasmi OPPO. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...