More

    Siri OPPO Find X2 dilancarkan di Malaysia: Skrin mantap 120Hz, tiga kamera dwi-48MP, Snapdragon 865 dengan harga bermula RM3,999

    Hari ini, OPPO telah melancarkan siri telefon pintar flagship terbarunya, siri OPPO Find X2, di Malaysia! OPPO Find X2 Pro semestinya memiliki spesifikasi yang tertinggi dengan kadar segar semula skrin 120Hz, kombinasi dwi-48MP tiga kamera, Snapdragon 865, sambungan wayarles 5G dan pengecas pantas Super VOOC 65W. Find X2 akan dijual pada harga RM3,999 manakala Find X2 Pro pula pada harga RM4,599.

    Sistem operasinya pula dibina dengan Color OS 7.1 yang berdasarkan Android 10. Selain itu, sistem audionya juga dilengkapi pembesar suara Dolby Atmos untuk memberikan kualiti audio yang jelas di samping paparan cantik yang dihasilkan oleh paparan 6.7 UHD dengan lebih satu bilion warna. Ia akan ditawarkan dalam warna Ocean Glass dan Ceramic Black.

    Jika anda ingin menempah Find X2 sebelum 13 Mac atau Find X2 Pro sebelum 20 Mac, anda akan menerima hadiah berupa power bank VOOC, lanjutan jaminan (warranty) selama setahun dan perlindungan skrin selama 90 hari. Selepas itu, 100 pelanggan pertama yang mengambil Find X2 mereka pada 14 Mac atau Find X2 Pro pada 21 Mac akan menerima earphone wayarles OPPO Enco Free di samping hadiah pra-tempahan tadi.

    Jika anda merancang untuk menempahnya sekarang, anda boleh lakukannya di Lazada untuk dapatkan hadiah bernilai RM7,299! Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk mendapatkan siri flagship terbaru daripada OPPO ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured