More

    Siri OPPO Find X4 mungkin dilengkapi pengecasan pantas 80W, dijangka dilancar awal 2022

    Telefon pintar andalan OPPO generasi seterusnya dikhabarkan akan menyokong teknologi pengecasan pantas 125W. Walau bagaimanapun, lebih banyak kebocoran maklumat telah muncul yang menunjukkan bahawa ia mungkin tidak berlaku.

    Awal hari ini, salah satu sumber yang boleh dipercayai membuat kiriman di Weibo mengatakan bahawa siri OPPO Find X4 mungkin menampilkan pengecasan pantas 80W berbeza dengan ramalan sebelum ini yang mana ia akan menggunakan pengecasan pantas 125W.

    Masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada ciri pengecasan pantas 80W akan tersedia dalam semua telefon siri OPPO Find yang akan datang. Walau bagaimanapun, jika kita mengikut perkembangan pasaran semasa, ciri tersebut berkemungkinan besar akan dikhaskan untuk varian Find X4 Pro.

    Laporan awal yang diterima mendakwa OPPO Find X4 Pro akan hadir dengan paparan 6.7 inci dengan resolusi 3216 x 1440. Ia akan menampilkan kadar penyegaran semula 120Hz sama seperti Find X3 dan Find X3 Pro. Di samping itu, sumber juga meramalkan bahawa sebuah telefon daripada siri Find X4 akan datang dilengkapi kamera utama Sony IMX766 50MP, kamera telefoto 13MP, zum optik sehingga 2x dan kamera mikroskopik 3MP.

    Kami juga menjangkakan telefon andalan OPPO yang akan datang akan menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon 898. Kami mengharapkan ianya dilancarkan sebelum penghujung tahun 2021. Telefon pintar siri Oppo Find X4 dijangka dilancarkan pada awal 2022 bersama-sama Samsung Galaxy S22 dan Xiaomi 12.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured