More

    Siri OPPO Find X6 akan dilancar pada 21 Mac 2023

    Nampaknya, OPPO telah mengesahkan bahawa siri OPPO Find X6 akan dilancarkan pada 21 Mac 2023 di China terlebih dahulu. Namun, buat masa ini, kami masih tidak ketahui tarikh rasmi untuk pelancaran global. 

    Menjelang tarikh pelancaran, khabar angin mengenai peranti ini semakin berleleluasa dan ada yang mengatakan bahawa Find X6 standard membawa cipset Dimensity 9200 dan Find X6 Pro menampilkan cipset Snapdragon 8 Gen 2. Imej juga menunjukkan bahawa peranti ini akan mempunyai reka bentuk kulit di bahagian belakang.

    Di bahagian hadapan pula, Find X6 mungkin menggunakan paparan 6.74 inci 120Hz dengan fungsi pemalapan frekuensi tinggi PWM 2160Hz yang tinggi. Tiada maklumat secara jelas mengenai paparan Find X6 Pro tetapi kedua-dua telefon akan dilengkapi dengan tri-kamera belakang dengan teknologi telefoto cahaya malap baharu dan kamera hadapan 32MP dengan pemproses MariSilicon X + teknologi Hasselblad.

    Seterusnya, Find X6 mungkin menggunakan bateri 4,800mAh dengan teknologi pengecasan pantas 80W, manakala Find X6 Pro mungkin mempunyai bateri 5,000mAh tetapi dengan pengecasan pantas 100W. Kedua-dua telefon turut dijangka mempunyai rintangan air dan habuk IP54 dan IP68.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: IT Home

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured