More

    Siri OPPO Find X8 akan tiba di pasaran global tidak lama lagi

    OPPO secara rasmi telah melancarkan telefon pintar utamanya dengan Find X8 dan Find X8 Pro di China. Kini, siri tersebut diumumkan bakal dilancar secara global. Model ini didatangkan dengan peningkatan yang menarik dalam paparan, prestasi dan teknologi kamera, menjadikannya pesaing yang kuat dalam segmen premium.

    Find X8 menampilkan paparan rata LTPO OLED 6.59 inci 1.5K (2760 × 1256 piksel), kadar penyegaran sehingga 120Hz, bezel 1.45mm ultra-sempit dan kecerahan puncak 4,500 nits. Sementara itu, Find X8 Pro menawarkan skrin melengkung LTPO OLED 1.5K 6.78 inci (2780×1264 piksel) dengan kadar penyegaran adaptif antara 1Hz dan 120Hz serta kecerahan yang sama.

    Kedua-dua model menyokong zum digital 120x, enjin imej HyperTone untuk kejelasan yang lebih baik dan Mod Potret Hasselblad. Ciri AI yang ditampilkan adalah seperti AI Erase, AI Anti-Reflection, AI De-Blur, dan AI Super Resolution.

    Nantikan untuk mengetahui lebih lanjut tentang OPPO Find X8, Find X8 Pro dan ColorOS 15 pada pelancaran global kelak. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri OPPO Find X8 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured