More

    Siri OPPO Reno 10 Pro dilancar: Snapdragon 8+ Gen 1, kamera zum 120x, cas pantas 100W bermula ~RM2,290

    OPPO telah melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru di China iaitu OPPO Reno 10 Pro yang terdiri daripada OPPO Reno 10 Pro dan OPPO Reno 10 Pro Plus. Walaupun ia telefon kelas pertengahan, ia masih dilengkapi banyak spesifikasi canggih dan kamera yang hampir setaraf dengan telefon andalan.

    Kedua-dua varian mempunyai skrin OLED 6.74 inci yang melengkung di bahagian sisi, dengan resolusi 1.5K (2772×1240), kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuh 240Hz, warna 10-bit dan kecerahan puncak 1,400 nits.

    OPPO Reno10 Pro Plus

    Satu perbezaan adalah daripada segi cipset, di mana Reno 10 Pro Plus mempunyai cipset Snapdragon 8+ Gen 1, manakala Reno 10 Pro dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 8200. Ia turut dilengkapi RAM LPDDR5 sehingga 16GB dan storan UFS 3.1 sehingga 512GB.

    Untuk bateri, kedua-duanya mempunyai kapasiti yang serupa, dengan 4,700mAh pada Reno 10 Pro Plus dan 4,600mAh pada Reno 10 Pro. Kedua-dua telefon menyokong kadar pengecasan pantas 100W.

    OPPO Reno10 Pro

    Seperti dalam siri Reno pada tahun-tahun lalu, siri Reno 10 Pro mempunyai fungsi khas untuk kameranya. Kedua-dua varian mempunyai kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX890 dan kamera ultra-lebar 8MP dengan sensor Sony IMX355.

    Selain itu, kedua-dua model juga dilengkapi cip pengimejan MariSilicon X NPU untuk pemprosesan gambar yang jelas. Untuk kamera hadapan, ia dilengkapi kamera swafoto 32MP dengan sensor Sony IMX709.

    Satu perbezaan adalah pada kamera telefoto, di mana Reno 10 Pro Plus mempunyai kamera zum periskop 64MP yang boleh zum optikal sejauh 3x dan zum digital sejauh 120x. Reno 10 Pro pula mempunyai kamera telefoto 32MP yang boleh zum optikal sejauh 2x sahaja.

    Sistem operasi untuk siri telefon ini adalah ColorOS 13.1 berdasarkan Android 13. Ia menyokong dwi-kad SIM, rangkaian 5G, hubungan Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.3, NFC, pemancar IR dan port USB-C.

    "
    "

    OPPO Reno 10 Pro akan dijual di pasaran China pada harga bermula CNY3,499 (~RM2,290), manakala OPPO Reno 10 Pro Plus pula bermula pada CNY3,899 (~RM2,550). Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured