More

    Siri OPPO Reno 7 bakal dilancar: Miliki cipset MediaTek Dimensity 920, RAM 8GB dan bateri 4,300mAh

    Kini, OPPO mengesahkan kehadiran telefon pintar siri Reno7 yang akan dilancarkan di China pada 25 November. Siri kali ini tidak mempunyai model Pro+ dan digantikan oleh Reno7 SE. Berkemungkinan besar, kami akan melihat telefon pintar Reno7 SE, Reno7 dan Reno7 Pro hujung minggu ini.

    Berdasarkan pendedahan, Reno7 SE dijangka menampilkan paparan E3 AMOLED FHD+ 6.43 inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz. Ia dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 920, RAM LPDDR4x 8GB atau 12GB dan storan UFS 2.2 128GB atau 256GB. Ia tersedia dengan tri-kamera dengan sensor utama OmniVision OV64B 64MP, sensor Sony IMX355 8MP dan lensa potret 2MP manakal kamera hadapannya menggunakan Sony IMX615 32MP. Peranti ini dikatakan dikuasakan oleh bateri 4,300mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W.

    OPPO Reno7 pula akan menampilkan skrin OLED FHD+ 90Hz 6.5-inci dan cipset MediaTek Dimensity 1200 yang mempunyai RAM LPDDR4x 8/12 GB dan storan UFS 3.1 128/256 GB. Ia akan dikuasakan oleh bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W. Ia hadir dengan tri-kamera di bahagian yang terdiri daripada sensor Sony IMX766 50MP, lensa ultralebar Sony IMX481 16MP dan lensa potret 2MP. Kamera hadapannya pula menggunakan Sony IMX615 32MP untuk mengambil swafoto dan panggilan video.

    Akhir sekali, Reno7 Pro dikatakan mempunyai paparan OLED tepi melengkung 6.5 inci dan menawarkan resolusi skrin FHD+ dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Ia dijangka dilengkapi dengan cipset Qualcomm Snapdragon 888, RAM  LPDDR5 8/12GB, storan UFS 3.1 256/512 GB dan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W.

    Kamera hadapan hadir dengan Sony IMX615 32MP manakala di bahagian belakang tersedia dengan tri-kamera yang terdiri daripada sensor Samsung GN5 50MP, lensa ultralebar OmniVision OV64B 64MP dan lensa telefoto Samsung S5K3M5 13MP.

    Telefon pintar siri OPPO Reno7 akan dilancarkan di China pada minggu ini manakala Reno7 dan Reno7 Pro bakal tiba di India seawal bulan Januari tahun depan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...