More

    Siri OPPO Reno11 bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi

    Baru-baru ini, OPPO Malaysia mengumumkan bahawa siri OPPO Reno11 bakal dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia. Tarikh pelancaran rasmi masih belum didedahkan lagi tetapi kita tidak perlu menunggu terlalu lama. OPPO dijangka melancarkan dua model di Malaysia iaitu OPPO Reno11 dan Reno11 Pro.

    Siri OPPO Reno11 telah dikeluarkan di China pada 23 November lalu. Masih belum pasti sama ada spesifikasi versi Malaysia dan versi China adalah sama. Sebagai rujukan, OPPO Reno11 dilengkapi dengan cipset MediaTek Dimensity 8200, RAM LPDDR5X dan memori kilat UFS 3.1 manakala OPPO Reno11 Pro dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1.

    Siri ini memperkenalkan OPPO ColorOS 14. OPPO Reno11 dilengkapi dengan kamera utama 50MP (SONY LYT-600, 1/2″, OIS), ultra-lebar 8MP (SONY IMX355, 1/4 inci) dan telefoto 32MP (SONY IMX709, 1/2.74 inci, 5x super cahaya) serta kamera swafoto 32MP (SONY IMX709, 1/2.74 inci, susunan RGBW).

    OPPO Reno11 Pro pula dilengkapi dengan kamera utama 50MP (SONY IMX890, 1/1.56 inci, OIS), 8MP (SONY IMX355, 1/4 inci ) dan 32MP telefoto (SONY IMX709, 1/2.74 inci, 5x super cahaya) serta kamera swafoto 32MP (SONY IM709, 1/2.74 inci, susunan RGBW).

    Untuk bateri dan pengecasan, OPPO Reno 11 Pro mempunyai bateri 4,700mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W manakala OPPO Reno 11 menggunakan bateri 4,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W. Untuk butiran lanjut, anda boleh pergi ke laman web rasmi OPPO atau Facebook OPPO untuk menantikan berita lanjut.

    Beritahu kami di Facebook jika anda menantikan peranti terbaharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured