More

    Siri OPPO Reno12 dilancar: Dimensity 9200+, cas pantas 80W, kamera utama 50MP bermula ~RM1,760

    Pada hari ini, OPPO melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahannya yang terbaru di China iaitu OPPO Reno12, terdiri daripada dua varian utama iaitu OPPO Reno12 5G dan OPPO Reno12 Pro 5G.

    OPPO Reno12 5G dilengkapi skrin OLED berukuran 6.7 inci yang melengkung di bahagian sisi, dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuh 240Hz, kecerahan puncak 1,200 nits, pengimbas cap jari dalam skrin dan dibuat dengan kaca Corning Gorilla Glass Victus 2. Badannya pula mempunyai rating kalis air IP65 dan pembesar suara stereo.

    OPPO Reno12 5G

    Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 8250 Star Speed Edition SoC, RAM sehingga 16GB, storan dalaman sehingga 512GB, bateri berkapasiti 5,000mAh dan kadar pengecasan pantas 80W. Ia menggunakan sistem operasi Android 14 dengan antara muka ColorOS 14.

    Di belakang, ia mempunyai tiga kamera iaitu kamera utama 50MP dengan sensor Sony LYT-600, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera telefoto 50MP dengan zum optikal 2x, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 50MP.

    OPPO Reno12 Pro 5G

    Sementara itu, OPPO Reno12 Pro 5G pula mempunyai spesifikasi yang serupa dengan Reno12 5G, namun dengan perbezaan pada cipset dan kamera yang lebih canggih. Ia mempunyai cipset MediaTek Dimensity 9200+ Star Speed Edition, manakala kamera utamanya pula menggunakan sensor Sony IMX890.

    Siri OPPO Reno12 akan ditawarkan dalam warna perak Millenium Silver, hitam Ebony Black dan merah jambu Soft Peach. Di China, Reno12 5G akan dijual pada harga bermula CNY2,699 (~RM1,760) dan Reno12 Pro 5G akan dijual pada harga bermula CNY3,399 (~RM2,210). Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OPPO China

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured