More

    Siri OPPO Reno13 akan dilancar di Malaysia pada 7 Januari 2025

    OPPO Malaysia bakal memperkenalkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru, OPPO Reno13, OPPO Reno13 F dan OPPO Reno13 Pro, pada 7 Januari 2024. Syarikat teknologi itu telah pun mendedahkan rekaan dan maklumat ringkas mengenai siri telefon ini, seperti skrin OLED 1.5K dan rekaan unik di belakangnya.

    Ia mempunyai rangka aluminium taraf aeroangkasa untuk ketahanan tinggi dan rekaan belakang bertemakan rama-rama Butterfly Shadow. Selain itu, khas untuk warna biru gelap Luminous Blue, bonggol kameranya mempunyai efek Luminous Loop di mana terdapat cahaya malap di sekeliling bonggol kamera.

    Di hadapan, ia mempunyai skrin OLED 1.5K dengan kadar segar semula 120Hz, manakala nisbah skrin-ke-badan adalah 93.8% untuk Reno13 Pro dan 93.4% untuk Reno13 yang bermaksud ia mempunyai sempadan bezel nipis untuk tontonan visual yang lebih menarik.

    Pra-tempahan untuk siri OPPO Reno13 akan dibuka bermula hari ini sehingga 10 Januari 2025, di mana anda boleh dapatkan rebat sehingga RM200 dan hadiah menarik bernilai RM2,266, seperti perlindungan OPPO Care Plus Liquid Protection Plan (bernilai RM1,099), OPPO Care Plus – 1 Year Screen Protection Warranty (bernilai RM599), fon telinga wayarles OPPO Enco Air4 (bernilai RM249) dan banyak lagi.

    Maklumat pra-tempahan boleh diketahui dalam laman web OPPO Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...