More

    Siri OPPO Reno14 bakal dilancar di Malaysia 1 Julai ini, tempahan kini dibuka

    OPPO Malaysia bakal melancarkan siri telefon pintar OPPO Reno14 terbaharu secara rasmi pada 1 Julai 2025 ini. Ia merangkumi tiga model utama iaitu Reno14 Pro, Reno14 dan Reno14 F yang membawa pendekatan baharu daripada segi reka bentuk dan kecerdasan buatan.

    Siri Reno14 menampilkan rekaan Iridescent Mermaid Design yang berkilau dan berubah warna menonjolkan gaya moden dan dinamik. Ciri fotografi turut ditambah baik melalui sistem AI Flash Photography yang membolehkan rakaman gambar lebih jelas dalam suasana malap.

    Tempahan siri Reno14 kini dibuka sehingga 30 Jun 2025 dengan rebat segera sehingga RM200 serta ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM2,396 untuk pembeli awal. Sempena pelancaran rasmi, OPPO Malaysia turut berkolaborasi dengan Warner Music Malaysia untuk menganjurkan OOO Music Festival.

    Festival ini akan menampilkan artis-artis popular seperti Noh Salleh, Masdo, Steady Gang, Priscilla Abby dan Iman Troye. Pengunjung festival turut berpeluang menikmati rebat tambahan RM50 untuk setiap RM200 dibelanjakan bagi pembelian OPPO Reno14 Series atau produk terpilih lain, selain zon pengalaman produk interaktif yang mempamerkan inovasi terkini OPPO.

    Tiket ke festival ini dijual pada harga RM50 dan boleh didapati di sini manakala tempahan siri Reno14 boleh dibuat di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Reno14 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured