More

    Siri OPPO Reno15 bakal dilancar pada 17 November 2025

    OPPO telah mengesahkan pelancaran rasmi siri OPPO Reno 15 di China pada 17 November yang akan menampilkan dua model utama iaitu Reno 15 dan Reno 15 Pro. Walaupun terdapat laporan mengenai model Reno 15 Mini dengan reka bentuk lebih padat, OPPO belum mengesahkan kewujudannya.

    Kedua-dua model kini telah disenaraikan untuk pra-tempahan di laman rasmi OPPO China, mendedahkan imej, pilihan warna dan konfigurasi memori. Reno 15 akan hadir dalam warna Starlight Bow, Aurora Blue dan Canele Brown, manakala Reno 15 Pro ditawarkan dalam Starlight Bow, Honey Gold dan Canele Brown dengan variasi storan sehingga 1TB dan RAM 16GB.

    Daripada segi spesifikasi, OPPO masih belum mendedahkan butiran penuh, namun laporan menunjukkan Reno 15 dan Reno 15 Pro akan menampilkan paparan OLED 1.5K bersaiz 6.59 inci dan 6.78 inci. Kedua-dua model dijangka menggunakan cipset Dimensity 8450, menggunakan ColorOS 16 berasaskan Android 16 serta menawarkan pengecasan pantas berwayar 80W dan wayarles 50W.

    Reno 15 Pro dilaporkan hadir dengan bateri 6,300mAh dan ketahanan IP68/69. Sistem kamera belakangnya pula dijangka merangkumi sensor utama 200MP Samsung HP5, lensa ultra lebar 50MP dan kamera telefoto periskop 50MP, menjadikannya antara telefon dengan kemampuan fotografi paling mantap dalam kelasnya.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured