More

    Siri OPPO Reno15 rasmi di Malaysia dengan paparan 120Hz dan kamera swafoto 50MP bermula RM1,499

    Siri OPPO Reno15 kini rasmi dilancarkan di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu Reno15 Pro 5G, Reno15 5G dan Reno15 F 5G. Kesemua model dilengkapi kamera swafoto ultra lebar 50MP dengan sudut pandang 100 darjah. Reno15 Pro 5G dan Reno15 5G menerima kamera telefoto potret 50MP menggunakan lensa periskop dengan jarak fokal hampir 85mm manakala Reno15 Pro 5G dilengkapi kamera utama Ultra-Clear 200MP.

    Sistem kamera disokong AI Flash Photography 2.0, Reno Portrait Engine dan algoritma Skin Tone Improvement. Siri ini menyokong ciri suntingan kamera berasaskan AI termasuk AI Portrait Glow, Popout, AI Motion Photo Popout dan AI Motion Photo Slow-Mo selain keupayaan rakaman video 4K HDR Ultra-Steady Video, mod Dual-View Video, Camera Switch dan sistem Video Editing 2.0.

    Siri Reno15 menampilkan ColorOS 16 yang merangkumi Luminous Rendering Engine dan Trinity Engine. Reno15 Pro 5G menggunakan cip MediaTek Dimensity 8450 bersama AI HyperBoost 2.0 manakala kesemua model menyokong AI LinkBoost 3.0. Reno15 Pro 5G turut dilengkapi cip SignalBoost X1 yang didakwa mengurangkan latensi permainan sehingga 84 peratus.

    Daripada segi kesalinghubungan, O Plus Connect menyokong pemindahan fail antara peranti OPPO dan iOS atau iPadOS selain cermin skrin serta kawalan PC jarak jauh untuk Windows dan macOS. Ciri AI tambahan termasuk AI Mind Space, AI Translate, AI Recording, AI Call Assistant dan AI VoiceScribe yang dikuasakan oleh OPPO Private Computing Cloud.

    Untuk rekaan, Reno15 Pro 5G hadir dengan paparan 6.32 inci manakala Reno15 5G dan Reno15 F 5G masing-masing menawarkan paparan 6.59 inci dan 6.57 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Kesemua model menyokong penarafan kalis air dan habuk IP66, IP68 dan IP69 serta teknologi Splash Touch.

    Di Malaysia, Reno15 Pro 5G ditawarkan pada harga RM2,999 bagi varian 12/512GB manakala Reno15 5G dijual pada harga RM2,399 untuk varian 12/512GB dan RM1,999 untuk 12/256GB. Reno15 F 5G pula berharga RM1,599 bagi varian 12/256GB dan RM1,499 untuk varian 8/256GB.

    Siri OPPO Reno15 kini boleh didapati melalui saluran rasmi dan pengedar sah di Malaysia dengan tawaran pembelian OPPO Watch S pada harga RM99 untuk pembeli Reno15 Pro 5G dan Reno15 5G sehingga 16 Januari 2026 serta hadiah tempahan termasuk Superstar Ollie edisi terhad dan lanjutan waranti satu tahun.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu peranti yang ditawarkan oleh OPPO dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Malaysia perkenal pasport 10 tahun RM350 — Ini apa yang anda perlu tahu

    Malaysia secara rasmi memperkenalkan pasport 10 tahun dengan kadar baharu RM350 bagi warganegara berumur 18 hingga 59 tahun, berkuat kuasa selepas diwartakan...

    TSMC dakwa Samsung “masih bermimpi” untuk dominasi industri foundri global

    Pengerusi TSMC, C.C. Wei, menegaskan kedudukan syarikat itu dalam industri foundri global masih kukuh dan percaya pesaingnya masih belum mampu mencabar penguasaan...

    HONOR MagicPad 4 turut diumum dengan SD 8 Gen 5, OLED 12.3″ dan bateri...

    Selain pelancaran telefon pintar boleh lipat Magic V6, HONOR turut mengumumkan ketibaan tablet premium baharunya iaitu HONOR MagicPad 4 untuk pasaran Malaysia....

    Infinix HOT 70 tiba di Malaysia dengan butang AI khas dan Google AI Plus...

    Infinix Malaysia hari ini melancarkan HOT 70 iaitu telefon pintar baharu dalam segmen mampu milik yang hadir dengan fokus terhadap reka bentuk,...

    HONOR Magic V6 diumum di Malaysia: “Super Steel Hinge” dan “Magic Diamond Screen” bermula...

    HONOR Malaysia melancarkan telefon pintar boleh lipat terbaharu HONOR Magic V6 yang tampil dengan rekaan lebih nipis, bateri lebih besar dan pelbagai...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...