More

    Siri OPPO Reno4 dilancarkan: Snapdragon 765G + cas pantas 65W + skrin 90Hz bermula ~RM1804

    Baru sahaja arena telefon pintar di Malaysia menerima siri OPPO Reno3, kini giliran pasaran China pula menerima kehadiran siri OPPO Reno4 terbaru. Siri ini hadir dengan pelbagai spesifikasi menonjol termasuklah ciri fotografi yang baik.

    Antara perbezaan di antara OPPO Reno4 dan OPPO Reno4 Pro adalah penawaran RAM, kapasiti bateri, spesifikasi skrin, spesifikasi kamera dan varian warna. Masing-masing mempunyai perbezaan istimewa tersendiri dengan ciri fotografi menarik.

    OPPO Reno4 Pro

    • Cipset Snapdragon 765G
    • RAM 8GB/12GB + ROM 128GB/256GB
    • Skrin AMOLED 6.5 inci dengan kadar segar semula 90Hz + kadar sentuhan 180Hz
    • Kamera utama 48MP + 12MP (lensa ultra lebar malam) + 13MP (telefoto)
    • Kamera selfie 32MP
    • Bateri 4000mAh
    • Pengecasan pantas 65W
    • Teknologi anti-gegaran 3.0
    • Sokongan video Super Night View
    • Pilihan warna Crystal Diamond Red, Crystal Diamond Blue, Titanium Black dan Dream Mirror Black

    OPPO Reno4

    • Cipset Snapdragon 765G
    • RAM 8GB + ROM 128GB/256GB
    • Skrin AMOLED 6.4 inci
    • Kamera utama 48MP + 8MP (lensa ultra lebar) + 2MP (lensa hitam putih)
    • Kamera selfie 32MP + 2MP (kamera kedua dengan efek kabur)
    • Bateri 4020mAh
    • Pengecasan pantas 65W
    • Teknologi anti-gegaran 3.0
    • Sokongan video Super Night View
    • Pilihan warna Crystal Diamond Blue, Dream Mirror Black dan Taro Purple

    Antara ciri fotografi yang hadir adalah ciri Live HDR, rakaman video pada waktu malam Super Night View dan ciri penstabilan video Anti-Gegaran 3.0. Berikut merupakan harga siri OPPO Reno4 rasmi di pasaran China, ditukarkan ke dalam nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM).

    Harga OPPO Reno4:

    • Varian 8GB + 128GB berharga 2999 Yuan (~RM 1,804)
    • Varian 8GB + 256GB berharga 3299 Yuan (~RM 1,984)

    Harga OPPO Reno4 Pro:

    • Varian 8GB + 128GB berharga 3799 Yuan (~RM 2,285)
    • Varian 12GB + 256GB berharga 4299 Yuan (~RM 2,586)

    Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat mengenai keberadaanya di Malaysia. Adakah anda akan mendapatkannya jika ia hadir di pasaran Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured