More

    Siri OPPO Reno8 T dilancar di Malaysia: Skrin lengkung mikro dan kamera 108MP bermula RM1,399

    Hari ini, OPPO Malaysia telah melancarkan siri OPPO Reno8 T yang terdiri daripada Reno8 T 5G dan Reno8 T 4G. Reno8 T 5G dilengkapi kamera potret 108MP, mikro 40x dan kamera kedalaman 2MP bersama-sama dengan kamera swafoto 32MP.

    Spesifikasi lain termasuk Snapdragon 695 5G, RAM 8GB, RAM maya tambahan sehingga 8GB dan storan 256GB serta menyokong penambahan kad SD sehingga 1TB. Kamera utamanya mempunyai teknologi binning NonaPixel Plus dan algoritma Resolusi Super Potret AI OPPO.

    Ia juga memiliki paparan lengkungan 56 darjah 3D AMOLED bersaiz 6.7 inci dengan nisbah skrin-ke-badan 93%, segar semula 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 120Hz yang boleh dipertingkatkan sehingga ke 1,000Hz. Skrinnya mempunyai pelindung DT-Star2. Bahagian bateri pula berkapasiti 4,800mAh dengan sokongan pengecasan pantas SUPERVOOCTM 67W.

    Reno8 T 4G hadir dengan kamera potret 100MP, mikro 2MP dan kamera zum 20x atau 40x bersama kamera swafoto 32MP. Ia juga menampilkan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas SUPERVOOCTM 33W. Reno8 T 4G dilengkapi dengan paparan AMOLED 6.4 inci dengan kadar segar semula 90Hz, Helio G99, RAM 8GB, ROM 128GB dan RAM yang boleh dikembangkan sehingga 8GB RAM.

    OPPO Reno8 T 5G:

    • Cipset Snapdragon 695 5G
    • Paparan lengkungan 56 darjah 3D AMOLED bersaiz 6.7 inci dengan nisbah skrin-ke-badan 93%, segar semula 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 120Hz yang boleh dipertingkatkan sehingga ke 1,000Hz
    • RAM 8GB dan storan 256GB menyokong slot kad SD sehingga 1TB, penambahan RAM maya 8GB
    • Kamera potret 108MP, mikro 40x dan kamera kedalaman 2MP bersama-sama dengan kamera swafoto 32MP
    • Bateri berkapasiti 4,800mAh dengan sokongan pengecasan pantas SUPERVOOCTM 67W
    • Miliki teknologi binning NonaPixel Plus dan algoritma Resolusi Super Potret AI OPPO.
    • Pilihan warna: Sunrise Gold dan Midnight Black
    • Harga: RM1,799

    OPPO Reno8 T 4G:

    • Cipset Helio G99
    • Paparan AMOLED FHD+ 6.4 inci dengan kadar segar semula 90Hz
    • RAM 8GB, ROM 128GB dan RAM yang boleh dikembangkan sehingga 8GB RAM
    • Kamera potret 100MP, mikro 2MP dan kamera zum 20x atau 40x bersama kamera swafoto 32MP
    • Bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas SUPERVOOCTM 33W
    • Warna pilihan: Sunrise Gold dan Midnight Black
    • Harga: RM1,399

    Siri OPPO Reno8 T menggunakan sistem operasi ColorOS. Ia hadir dalam dua pilihan warna iaitu Sunrise Gold dan Midnight Black. Tempahan untuk Reno8 T 5G bermula dari 7 Februari 2023 pada harga RM1,799 dan layak untuk menerima hadiah percuma bernilai RM377.

    Reno8 T 4G akan dijual pada harga RM1,399 dan tersedia untuk pembelian bermula dari 11 Februari 2023. Hadiah percuma merangkumi Enco Buds2, perlindungan kerosakan skrin 1 tahun dan waranti lanjutan 1 tahun. Tempahan boleh dibuat di semua MY OPPO Space, kedai jenama OPPO, kedai atas talian rasmi OPPO, rakan e-Dagang dan pengedar sah.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri OPPO Reno8 T dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...