More

    Siri POCO X5 dilancar di Malaysia: SD 778G, AMOLED 6.67″ 120Hz dan kamera 108MP bermula RM1,099

    POCO Malaysia secara rasmi melancarkan siri POCO X5 yang terdiri daripada POCO X5 Pro 5G dan POCO X5 5G. Ia hadir dengan cipset Snapdragon 778G dan Snapdragon 695. Spesifikasi utama lain ialah kamera 108MP, menyokong kadar penyegaran 120Hz, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 67W.

    POCO X5 Pro 5G dilengkapi dengan cipset Snapdragon 778G, memori LPDDR4X, memori kilat UFS 2.2, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 67W. Selain itu, peranti ini menggunakan skrin FHD+ OLED 6.67 inci 2400×1080, menyokong kadar penyegaran 120Hz, kadar pensampelan sentuhan 240Hz, kecerahan maksimum 900nit dan menyokong pemalapan PWM 1920Hz.

    POCO X5 Pro 5G mempunyai kamera utama Samsung S5KHM2 108MP, sudut ultra 8MP dan makro 2MP serta kamera swafoto 16MP. POCO X5 Pro 5G diprapasang dengan MIUI 14 untuk POCO, pengimbas cap jari pada bahagian sisi, NFC, kawalan jauh inframerah, WiFi 6, Bluetooth 5.2 dan bicu audio 3.5mm.

    POCO X5 5G pula menawarkan cipset Snapdragon 695, memori LPDDR4X, memori kilat UFS 2.2, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 33W. Ia dilengkapi dengan skrin FHD+ AMOLED 6.67 inci yang menyokong kadar penyegaran 120Hz. Kamera utamanya mempunyai resolusi 48MP, ultra lebar 8MP dan makro 2MP serta kamera swafoto 13MP.

    Seterusnya, POCO X5 5G hadir dengan MIUI 13 untuk POCO, pengimbas cap jari pada bahagian sisi, kawalan jauh inframerah dan bicu audio 3.5mm. Berikut adalah spesifikasi lengkap POCO X5 Pro 5G dan POCO X5 5G.

    POCO X5 Pro 5G:

    • Skrin lubang tebuk FHD+ Flow AMOLED 6.67 inci (resolusi 2400 x 1080, kadar penyegaran 120Hz, 900 nits, gamut warna lebar DCI-P3, Corning Gorilla Glass 5)
    • Cipset Snapdragon 778G
    • Pilihan storan 6/8GB atau 128/256GB
    • Tiga kamera belakang: Kamera utama 108MP + sudut lebar 8MP + makro 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W
    • Ukuran: 162.91mm x 76.03mm x 7.9mm | Berat: 181g
    • Warna: Hitam, biru dan kuning
    • MIUI 14 untuk POCO, NFC, pengimbas cap jari sisi
    • Harga: RM1,299 dan RM1,499

    POCO X5 5G

    • Skrin lubang tebuk 6.67 inci FHD+ AMOLED (resolusi 2400 x 1080, kadar penyegaran 120Hz, 1200 nits, gamut warna lebar DCI-P3, Corning Gorilla Glass 3)
    • Cipset Snapdragon 695
    • Pilihan storan 6/8GB atau 128/256GB
    • Tiga kamera belakang: kamera utama 48MP + super sudut lebar 8MP + makro 2MP makro
    • Kamera swafoto 13MP
    • Bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W
    • Ukuran: 165.88mm x 76.21mm x 7.98mm | Berat: 189g
    • Warna: Hitam, biru, hijau
    • MIUI 13 untuk POCO, NFC, pengimbas cap jari sisi
    • Harga: RM1,099 dan RM1,199

    Mulai 9 Februari, POCO X5 Pro 5G akan tersedia dalam versi 6GB+128GB dan 8GB+256GB dengan masing-masing berharga RM 1,299 dan RM 1,499. Pengguna boleh membelinya secara eksklusif di kedai rasmi POCO Lazada. Peranti ini menawarkan diskaun untuk pembeli terawal dengan harga RM1,199 (6GB+128GB) dan RM 1,399 (8GB+256GB).

    POCO X5 5G juga boleh didapati dalam dua versi iaitu 6GB+128GB dan 8GB+256GB masing-masing berharga RM1,099 dan RM1,199. Peranti ini turut menawarkan diskaun untuk pembeli terawal dengan harga RM 999 (6GB+128GB) dan RM 1,099 (8GB+256GB). POCO X5 5G juga akan dijual secara eksklusif di kedai rasmi POCO Shopee.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri POCO X5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured