More

    Siri POCO X8 Pro tiba di Malaysia dengan Dimensity 9500s, bateri 8,500mAh bermula RM1,299

    POCO baru-baru ini telah melancarkan siri POCO X8 Pro di Malaysia yang merangkumi tiga model iaitu POCO X8 Pro Max, POCO X8 Pro dan edisi khas POCO X8 Pro Iron Man Edition. Siri ini menandakan peralihan daripada X Series kepada X Pro Series dengan fokus kepada prestasi tinggi, bateri besar dan ciri gaming lanjutan.

    POCO X8 Pro Max menjadi model pertama dalam siri ini yang menggunakan cip Dimensity 9500s berasaskan proses 3nm dengan skor AnTuTu melebihi 3 juta. Ia dipadankan dengan RAM LPDDR5X dan storan UFS 4.1. Sementara itu, POCO X8 Pro menggunakan cip Dimensity 8500-Ultra yang menawarkan peningkatan prestasi GPU sebanyak 25% berbanding generasi sebelumnya.

    Kedua-dua model menyokong ray tracing pada peringkat perkakasan dan sistem penyejukan IceLoop untuk kawalan suhu peranti. POCO X8 Pro Max dilengkapi kapasiti 8,500mAh yang dikatakan mampu bertahan sehingga dua hari penggunaan manakala POCO X8 Pro menggunakan bateri 6,500mAh berasaskan silikon-karbon.

    Kedua-duanya menyokong pengecasan pantas 100W dan pengecasan berbalik 27W. Paparan untuk kedua-dua model mencapai tahap kecerahan sehingga 3,500 nits dan menyokong PWM dimming 3840Hz dan pensijilan penjagaan mata TÜV Rheinland. Selain itu, model Pro Max dilengkapi sensor cap jari ultrasonik. Untuk audio, ia hadir dengan pembesar suara stereo yang menyokong Hi-Res Audio dan Dolby Atmos.

    Siri ini juga menekankan ketahanan dengan penggunaan Corning Gorilla Glass 7i, penarafan kalis air dan debu IP66, IP68, IP69 serta IP69K. POCO X8 Pro Max memperoleh pensijilan ketahanan 5 bintang SGS. Untuk fotografi, kedua-dua model menggunakan kamera utama 50MP dan kamera swafoto 20MP yang menyokong ciri seperti UltraSnap iaitu rakaman dinamik serta fungsi suntingan berasaskan AI.

    siri POCO X8 Pro menampilkan Xiaomi HyperOS 3 yang menyertakan fungsi seperti Xiaomi HyperConnect, Circle to Search dan integrasi Google Gemini. Antara ciri tambahan termasuk komunikasi tanpa rangkaian dan mod pembelian tiket yang dioptimumkan. Yang terakhir, edisi khas POCO X8 Pro Iron Man Edition dihasilkan dengan kerjasama Marvel yang menampilkan rekaan bertema Iron Man serta antaramuka khas.

    POCO X8 Pro dijual bermula RM1,299 manakala POCO X8 Pro Max bermula RM1,699. Edisi Iron Man ditawarkan pada harga RM1,699 untuk konfigurasi 12/512GB. Promosi berlangsung dari 17 Mac hingga 5 April 2026 melalui platform rasmi dalam talian. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu peranti yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured