More

    Siri realme 10 dapat pengiktirafan China, mungkin dilancar pada 3 November 2022

    realme dijangka bakal melancarkan telefon pintar seterusnya dalam realme Number Series iaitu siri realme 10 yang terdiri daripada realme 10 dan realme 10 Pro+. Selepas telefon itu mendapat pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) pada awal bulan ini, kini ia mendapat pengiktirafan daripada pihak berkuasa China pula.

    Dua telefon itu telah mendapat pengiktirafan Compulsory Certification of China (3C) dan Telecommunications Equipment Certification (TENAA), di mana realme 10 mempunyai nombor model RMX3663 manakala realme 10 Pro+ mempunyai nombor model RMX3687.

    Kedua-duanya mempunyai rekaan yang serupa, dengan dua lensa kamera di bahagian belakang. Sungguh pun begitu, realme 10 mempunyai bahagian sisi yang rata manakala realme 10 Pro+ pula mempunyai bahagian sisi melengkung.

    Rekaan realme 10 dalam TENAA
    Rekaan realme 10 Pro+ dalam TENAA
    Pengiktirafan 3C untuk realme 10 Pro+

    Pengiktirafan daripada 3C mengesahkan bahawa realme 10 Pro+ bakal menyokong kadar pengecasan 67W.

    Selain daripada itu, realme 10 Pro+ dijangka akan mempunyai skrin OLED dengan kadar 120Hz, cipset MediaTek Dimensity 1080, RAM 6GB atau 8GB, storan 128GB atau 256GB, bateri 5,000mAh dan kamera utama 50MP dengan penstabilan imej optikal.

    Untuk realme 10 pula, ia mungkin dilengkapi cipset MediaTek Helio G99, RAM 4GB, storan 128GB atau 256GB dan kadar pengecasan pantas 33W sahaja. Siri telefon realme 10 ini dijangka akan dilancarkan di China pada 3 November 2022.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 91 Mobiles

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured