More

    Siri realme 10 Pro dilancar: Kamera 108MP, skrin 120Hz, cipset SD 695 atau MTK 1080 bermula ~RM1,020

    realme telah melancarkan dua telefon terbaharu dalam siri realme Number Series di China iaitu realme 10 Pro dan realme 10 Pro+. Kedua-dua telefon ini menawarkan spesifikasi kelas pertengahan dan dijual pada harga yang berpatutan untuk negara tersebut.

    realme 10 Pro dilengkapi skrin LCD berukuran 6.7 inci dengan resolusi Full HD+, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan 680 nits. Spesifikasi dalamannya termasuklah cipset Qualcomm Snapdragon 695, RAM 8GB atau 12GB, storan dalaman 256GB, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 33W.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 108MP dan sensor kedalaman 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 16MP. Ciri-ciri lain termasuklah pengimbas cap jari di bahagian sisi serta sistem operasi Android 13 dengan antara muka realme UI 4.

    realme 10 Pro akan dijual pada harga:

    • 8GB+256GB: CNY1,599 (~RM1,020)
    • 12GB+256GB: CNY1,899 (~RM1,210)

    Sementara itu, realme 10 Pro+ pula menampikan spesifikasi yang lebih canggih daripada realme 10 Pro, termasuklah skrin AMOLED berukuran 6.7 inci dengan resolusi Full HD+, kadar segar semula 120Hz dan kadar bacaan sentuh 360Hz. Ini adalah telefon realme pertama yang mempunyai sisi melengkung pada skrinnya.

    Telefon ini juga dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 1080, RAM 8GB atau 12GB, storan dalaman 128GB atau 256GB, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 67W. Ia masih mempunyai realme UI 4, namun tidak seperti realme 10 Pro, telefon ini boleh dihubungkan dengan rangkaian 5G.

    realme 10 Pro+ akan dijual pada harga:

    • 8GB+128GB: CNY1,699 (~RM1,080)
    • 8GB+256GB: CNY1,999 (~RM1,280)
    • 12GB+256GB: CNY2,399 (~RM1,530)

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaan kedua-dua telefon ini di pasaran Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured