More

    Siri realme 11 Pro bakal dilancar di Malaysia pada 20 Julai 2023

    Pada 20 Julai 2023, realme, jenama terkenal dengan telefon pintarnya akan melancarkan siri realme 11 Pro di Malaysia. realme Malaysia membuat pelancaran istimewa ini di Pulau Redang seperti yang diiklankan. Peminat realme juga boleh menonton strim langsung di halaman Facebook realme Malaysia pada jam 7:00 malam.

    Untuk menyegarkan ingatan anda, siri realme 11 Pro menampilkan kamera 200MP 4x zum yang pertama di dunia dengan reka bentuk unik oleh bekas pereka Gucci untuk barisan tersebut. Selain itu, realme 11 Pro+ 5G merupakan telefon pertama yang dilengkapi dengan teknologi zum lensa tunggal lossless 4× yang menghasilkan 242% lebih tinggi daripada model 200MP produk serupa.

    Siri realme 11 Pro ditetapkan untuk menjadi produk tertumpu kamera di mana ia hadir dengan HyperShot Imaging Architecture 2.0 yang meningkatkan kualiti gambar semasa merakam objek bergerak. Selain itu, terdapat juga Super NightScape, Street Photography 4.0, Super Group Portrait dan One Take.

    realme 11 Pro dan realme 11 Pro+ yang diperkenalkan di China bulan lepas telah mula dilancarkan secara global bermula dari India. Kedua-dua telefon menawarkan warna Astral Black, Sunrise Beige dan Oasis Green yang mempunyai kemasan kulit vegan. Siri realme 11 Pro adalah telefon pintar yang serupa dengan perbezaan pada bahagian kamera dan bateri.

    realme 11 Pro+ menampilkan kamera utama 200MP , ultralebar 8MP dan makro 2MP manakala model Pro menukar kamera utama dengan sensor 100MP. Ia juga mempunyai kamera swafoto 16MP dan bukannya kamera 32MP seperti Pro+. Pro+ mempunyai varian 8GB/256GB dan 12GB/256GB manakala versi Pro hadir dengan RAM 8GB dan storan 128GB.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Facebook realme Malaysia

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured